Buscar

Sunday 7 October 2012

Cincin Berlian khas sempena piala dunia


Selepas sepanyol memenangi Euro 2012 baru-baru ini, ramai peminat-peminat fanatik bolasepak dunia menunggu pula acara sukan paling berprestij dunia iaitu Piala dunia. Tapi tahukah anda semua pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika yang juga dimenangi oleh Sepanyol, FIFA telah meluluskan untuk menjadikan cincin yang bernilai USD 2.500 hingga USD 250 000 yang telahpun dipamerkan di Bucaramanga pada April 22 tahun 2010 sebagai cincin rasmi kejohanan. Cincin ini diperbuat daripada Zamrud dan berlian yang diimport dari South Afrika. Blood Money la weh....

Rekabentuk cincin mewah ini mengandungi bola, stadium dan bendera 32 negara yang bertanding. Terdapat tujuh koleksi platinum yang yang setiap satu akan didermakan kepada FIFA dan satu koleksi emas yang akan didermakan untuk UNICEF atas jasanya membantu kanak-kanak yang susah di seluruh dunia. Satu lagi koleksi emas akan dihadiahkan kepada pemain yang paling bernilai sepanjang kejohanan dan tidak dapat dipastikan sama ada Diego Forlan(Bola Emas) atau Thomas Muller(Kasut Emas).






Diolah dari chinadaily dan bornrich.

Monday 1 October 2012

Bad Mandanda



Steve Mandanda merupakan keeper Marseille dan pernah menyarung jersi kebangsaan Perancis.
Saksikan kesilapan yang tidak patut dilakukan oleh beliau.

Premier League Player of the Month Award 1994 to April 2012


"Player of the Month" adalah anugerah persatuan bola sepak yang mengiktiraf pemain terbaik Liga Perdana Inggeris setiap bulan untuk satu musim. Penerima dipilih oleh panel penaja Liga, di samping pemilihan "Manager of the Month" yang diumumkan  pada hari Jumaat pertama atau kedua setiap bulan. Sebelum ini, anugerah ini telah dikenali sebagai Carling Premiership Player of the Month(1994-2001 ), Barclaycard Premiership Player of the Month (2001-2004) dan kini telah dikenali sebagai Barclays Player of the Month.



Liga Perdana Inggeris telah ditubuhkan pada tahun 1992, apabila ahli-ahli Liga 1st Division meletak jawatan dari Liga Bola Sepak. Kelab-kelab ini kemudian menubuhkan liga baru komersial  yang bebas membuat rundingan penyiaran sendiri dan perjanjian penajaan. Musim sulung liga ini tidak mempunyai sebarang penajaan sehingga Carling bersetuju untuk memeterai  perjanjian empat tahun yang bernilai 12 juta pound untuk  musim berikutnya. Carling memperkenalkan anugerah Manager of the Month dan Manager of the Season untuk musim 1993-94, selain menambah Anugerah Football Writers' Association and Professional Footballers' Association Player of the Year.  Untuk musim 1994-95 mereka memperkenalkan Player of the Month, yang pertama kali dianugerahkan kepada Jürgen Klinsmann untuk persembahan beliau dalam bulan Ogos 1994.

Steven Gerrard dan Wayne Rooney adalah pemain yang memenangi gelaran Player of the Month yang paling banyak dengan masing2 memenagi lima anugerah.Tiga pemain telah memenangi anugerah ini untuk dua bulan berturut2; Robbie Fowler pada 1995-96, Dennis Bergkamp pada tahun 1997, dan Cristiano Ronaldo pada tahun 2006. Enam individu telah memenangi dua anugerah dalam satu musim: Ryan Giggs, Ruud van Nistelrooy, Thierry Henry, Wayne Rooney, Peter Odemwingie dan Ashley Young, yang juga merupakan satu-satunya pemain untuk memenangi anugerah tiga kali dalam satu musim. Robbie Keane telah memenangi anugerah semasa bermain untuk tiga kelab yang berbeza (Coventry City, Leeds United dan Tottenham Hotspur). Lapan pemain lain telah memenangi anugerah dengan bermain untuk dua kelab berbeza. Anugerah ini telah dikongsi sebanyak lima kali: Alan Shearer dan Chris Sutton dari Blackburn Rovers pada bulan November 1994, Robbie Fowler dan Stan Collymore dari Liverpool pada bulan Januari 1996, Kevin Davies dari Southampton dan Andy Cole dari Manchester United pada November 1997, Dnnis Bergkamp dan Edu dari Arsenal pada Februari 2004, dan penyerang Tottenham Hotspur Dimitar Berbatov dan Robbie Keane pada bulan April 2007.


Hampir separuh daripada Player of the Month dimenangi oleh pemain Inggeris, dan majoriti pemenang asing yang telah memenagi adalah pemain Perancis. Manchester United mempunyai pemain yang memenangi anugerah Player of the Month lebih daripada mana-mana pemain dari kelab lain, dan kebanyakan pemenang telah dimenangi pemain dari pasukan "Big Four" Liga Pedana Inggeris.



Statistik lanjut boleh dilihat di sini

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas