Di malaysia, sukan bolasepak merupakan sukan yang paling popular. bolasepak boleh dikatakan sebagai sukan rakyat dan ianya adalah sukan kebangsaan. walaupun di Malaysia sukan bolasepak merupakan sukan rakyat, prestasi Liga bolasepak adalah di tahap yang tidak dapat dibanggakan dan Skuad kebangsaan juga di prestasi yang masih kurang memberangsangkan walaupun memenangi sukan sea dan Piala AFF. Baru- baru ini, skuad senior malaysia tewas 0-2 kepada Vietnam di Stadium S.Alam... jom tgk aksi2 perlawanan baru2 nie kat bawah.
Malaysia 0 - 2 Vietnam
Awal 1950-an sehingga 1960-an merupakan era kegemilangan pasukan bolasepak malaysia yang dahulunya dikenali dengan nama pasukan bola sepak Malaya. pada era inilah nama seperti Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola" (sekarang Dato'), Arthur Koh, G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel kerap disebut-sebut oleh peminat bolasepak bukan sahaja di Malaysia tapi juga di luar negara.
Sexton Lourdes, Abdullah Nordin, Edwin Dutton,
Ghani Minhat, Robert Choe, Arthur Koh
Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran atau sekarang nie dipanggil Tehran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980.
Pada zaman ini jugalah nama-nama pemain seperti R. Arumugan atau lebih dikenali sebagai Spiderman muncul. Khairul Fahmi aka Apek kita nak panggil nama ape ??????... Pada masa nie, penyerang yang paling tersohor adalah Allahyarham Mokhtar Dahari. Kalau tak kenal Mokhtar dahari sila
tukar status kewarganegaraan Malaysia, nie lah Supermokh yang merupakan ikon bolasepak malaysia. Datuk Soh Chin Aun dan santokh Singh merupakan pasangan pertahanan yang paling kebal pada masa ini.
Datuk Soh Chin Aun
Pada awal 1960an hinggalah awal 1980an, bola sepak Malaysia amat disegani. Dalam tempoh tiga dekad itu Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow dengan barisan pemain seperti M Chandran, Syed Ahmad, Namat Abdullah, Soh Chin Aun, R Arumugam, James Wong dan Hassan Sani. Dua kali Malaysia berjaya menampilkan diri dalam Piala Asia secara merit iaitu 1976 dan 1980 serta meraih pingat gangsa Sukan Asia pada 197 di Teheran.
hassan Sani
sayap kiri atau left wing paling di geruni di Asia ketika zaman kegemilangannya
Pasukan bolasepak "Skuad Pra-Olimpik 1972" merupakan pasukan bolasepak pertama di sukan Olimpik setelah berjaya menjuarai ujian kelayakan Pra-Olimpik yang berlangsung di Seol, Korea Selatan, yang berada di bawah pengurusan Datuk Harun Idris. Malaysia yang ketika itu dilatih oleh Dave Mclaren jurulatih dari England mengalahkan Taiwan 3-0, Korea Selatan 1-0, Jepun 3-0 dan Filipina 6-0 untuk melayakkan diri sebagai wakil dari negara Asia.
Supermokh Bersama-sama Diego Maradona
Pasukan Malaysia terus melakar rekod cemerlang setelah layak berturut-turut ke piala Asia tahun 1976 dan 1980. namun begitu, pasukan malaysia menarik diri untuk kejohanan pada tahun 1980 iaitu di Moscow kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
Skuad Olimpik Harimau Malaya 1980, Moscow
Syabas buat pemain2 yang pernah mengharumkan nama Malaysia suatu ketika dulu. Diharap agar pemain-pemain sekarang dapat mengulangi kejayaan-kejayaan yang pernah dikecapi. Ape-ape pon jom layan lagu nie dari Aub bertajuk Black and Yellow khas untuk peminat2-peminat bolasepak malaysia.
1 comments:
Best siot lagu nie.
Feel like saying something
Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.