"Player of the Month" adalah anugerah persatuan bola sepak yang mengiktiraf pemain terbaik Liga Perdana Inggeris setiap bulan untuk satu musim. Penerima dipilih oleh panel penaja Liga, di samping pemilihan "Manager of the Month" yang diumumkan pada hari Jumaat pertama atau kedua setiap bulan. Sebelum ini, anugerah ini telah dikenali sebagai Carling Premiership Player of the Month(1994-2001 ), Barclaycard Premiership Player of the Month (2001-2004) dan kini telah dikenali sebagai Barclays Player of the Month.
Liga Perdana Inggeris telah ditubuhkan pada tahun 1992, apabila ahli-ahli Liga 1st Division meletak jawatan dari Liga Bola Sepak. Kelab-kelab ini kemudian menubuhkan liga baru komersial yang bebas membuat rundingan penyiaran sendiri dan perjanjian penajaan. Musim sulung liga ini tidak mempunyai sebarang penajaan sehingga Carling bersetuju untuk memeterai perjanjian empat tahun yang bernilai 12 juta pound untuk musim berikutnya. Carling memperkenalkan anugerah Manager of the Month dan Manager of the Season untuk musim 1993-94, selain menambah Anugerah Football Writers' Association and Professional Footballers' Association Player of the Year. Untuk musim 1994-95 mereka memperkenalkan Player of the Month, yang pertama kali dianugerahkan kepada Jürgen Klinsmann untuk persembahan beliau dalam bulan Ogos 1994.
Steven Gerrard dan Wayne Rooney adalah pemain yang memenangi gelaran Player of the Month yang paling banyak dengan masing2 memenagi lima anugerah.Tiga pemain telah memenangi anugerah ini untuk dua bulan berturut2; Robbie Fowler pada 1995-96, Dennis Bergkamp pada tahun 1997, dan Cristiano Ronaldo pada tahun 2006. Enam individu telah memenangi dua anugerah dalam satu musim: Ryan Giggs, Ruud van Nistelrooy, Thierry Henry, Wayne Rooney, Peter Odemwingie dan Ashley Young, yang juga merupakan satu-satunya pemain untuk memenangi anugerah tiga kali dalam satu musim. Robbie Keane telah memenangi anugerah semasa bermain untuk tiga kelab yang berbeza (Coventry City, Leeds United dan Tottenham Hotspur). Lapan pemain lain telah memenangi anugerah dengan bermain untuk dua kelab berbeza. Anugerah ini telah dikongsi sebanyak lima kali: Alan Shearer dan Chris Sutton dari Blackburn Rovers pada bulan November 1994, Robbie Fowler dan Stan Collymore dari Liverpool pada bulan Januari 1996, Kevin Davies dari Southampton dan Andy Cole dari Manchester United pada November 1997, Dnnis Bergkamp dan Edu dari Arsenal pada Februari 2004, dan penyerang Tottenham Hotspur Dimitar Berbatov dan Robbie Keane pada bulan April 2007.
Hampir separuh daripada Player of the Month dimenangi oleh pemain Inggeris, dan majoriti pemenang asing yang telah memenagi adalah pemain Perancis. Manchester United mempunyai pemain yang memenangi anugerah Player of the Month lebih daripada mana-mana pemain dari kelab lain, dan kebanyakan pemenang telah dimenangi pemain dari pasukan "Big Four" Liga Pedana Inggeris.
Statistik lanjut boleh dilihat di sini
0 comments:
Feel like saying something
Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.