Buscar

Friday 21 September 2012

Part 1: North West Derby




Tahukah anda semua siapa itu Sir Matt Busby, Bobby Charlton, Bob Paisley dan Bill Shankly? Tahukah anda apakah nama Manchester United sebelum 1902 adalah Newton Heath? Mesti ramai yang tak tahu walaupun anda semua dengan yakinnya mengakui anda peminat setia Liverpool dan Manchester United apatah lagi peminat-peminat Manchester City yang baru meminati kelab seteru Manchester United ini. 

Liverpool dan Manchester merupakan dua kelab yang yang berjaya di england setakat ini dimana jumlah piala yang dimenangi adalah sebanyak 119, 60 untuk manchester dan 59 untuk liverpool. Boleh rujuk jadual di bawah.



Jadual terkini sehingga tarikh ini



Persaingan antara dua kelab gergasi eropah ini bermula dari persaingan dari dua buah bandar yang telah wujud sejak zaman perindustrian. Pada masa ini, dua buah bandar iaitu Liverpool dan Manchester bersaing untuk menjadi bandar yang utama North-West. Manchester terkenal dari sektor pembuatan manakala Liverpool terkenal kerana kepentingan pelabuhannya.

Punca perseteruan antara dua bandar ini adalah kerana Manchester telah membina terusan kapalnya sendiri. Terusan kapal yang siap pada 1894 adalah terusan kapal terpanjang di dunia pada kurun ke-19. Ini menyebabkan kurangnya peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar Liverpool. Ini merupakan faktor permusuhan antara dua bandar ini yang berterusan sehingga hari ini.

Persaingan dua bandar ini berterusan sehinggalah sekarang. Manchester pernah manjadi host untuk sukan komanwel pada tahun 2002 manakala Liverpool dianugerahkan bandar kebudayaan Eropah pada tahun 2008.

Perseteruan Liverpool FC dan Manchester United merupakan perlawanan besar yang membabitkan dua kelab utama yang bermusuh dalam bolasepak Inggeris. Oleh kerana dua kelab ini terletak di Barat Daya (antara Utara dan barat England), pertembungan dua kelab ini dipanggil North West Derby atau North-West Rivalry.

1 comments:

Anonymous

1st

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas