Sebagai rakyat malaysia, kita sungguh berbangga memiliki peminat kelab bolasepak dari luar negara. Ini menunjukkan mutu pemain-pemain bolasepak negara yang mempunyai potensi. Kelab bolasepak kelantan merupakan kelab yang dikira prestasi yang terbaik dan mempunyai pemain-pemain yang berbakat seperti Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi dan Indra Putra.
Kelantan juga mempunyai peminat-peminat dari yang fanatik dan bersemangat menyokong pasukan Negeri mereka. Apa yang sukar untuk dipercayai adalah pasukan Kelantan atau lebih dikenali dengan jolokan The Red Warrior mempunyai peminat dari Barcelona, Sepanyol.
Jordi Perez juga dikatakan meminati pasukan Kelantan kerana dia merasakan Kelantan ada persamaan dengan catalan. Secara ringkas boleh, dia mengaggap Catalunya adalah Kelantan yang terletak di spain manakala Kelantan pula adalah Catalunya yang terletak di Malaysia. Selain masalah negerinya yang mempunyai krisis dengan kerajaan pusat dan mempunyai budaya yang berbeza dengan negeri-negeri lain adalah persamaan kelantan dan catalunya.
Jordi Perez juga pernah datang ke Kelantan semata-mata untuk bercuti bersama-sama rakan facebooknya yang berasal dari kelantan. Melalui rakan facebooklah dia mengetahui tentang Kelantan dan bermula dari situ dia meminati pasukan Kelantan. Perkara yang paling indah bagi Jordi ketika berjalan-jalan di Kelantan ialah dia diperhatikan dan disapa oleh setiap orang Kelantan yang ditemui apabila dia bersiar sambil memakai jersi Kelantan, sehingga dia memilih memakai jersi Kelantan dalam tempoh harinya berada di Kelantan malah dia turut bangga menjadi sebahagian penyokong Kelantan dengan mengucapkan " I'm proud to be Kelantanese".
Jordi juga memberitahu bahawa dia meminati dan mengikuti bolasepak Kelantan sejak di Barcelona lagi selain rakan-rakannya sebagai pendorong bagi Jordi mengenali pasukan Kelantan dengan lebih dekat lagi sehinggalah dia berjaya menjejakkan kakinya buat kali pertama di atas padang stadium Sultan Muhammad ke 4 walaupun dia hampa tidak dapat menyaksikan pemain yang diminatinya Norshahrul Idlan Talaha beraksi kerana silap mengatur jadual penerbangan dengan jadual perlawanan Kelantan 12 februari ini. Namun bagi Jordi Perez yang sudah biasa melihat aksi Messi, Puyol, Xavier Hernandes, David Villa dan semua pemain Barcelona bertekad akan meluangkan masa lagi untuk menyaksikan perlawanan Kelantan Julai ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga walaupun bukan rakyat Kelantan kerana mempunyai penyokong yang berada jauh di luar negara. Selain itu, Jordi memakai jersi The Red Warriors dari lapangan terbang Kota Bharu ke LCCT Kuala Lumpur, dari LCCT Kuala Lumpur ke London dan dari London ke Barcelona. Untuk pengetahuan, Jordi terpaksa menaiki kapal terbang ke London kerana Air Asia masih belum ada laluan terus ke Sepanyol.
Sumber dari TheRedWarrior
2 comments:
sebab Liga Malaysia ni banyak kelab berasaskan negeri, so bila peminat dari negeri luar dari Kelantan nak minat pun payah. ada yang kata, kau lahir mana la ape la.ntah apa2 la..
sepenaraya.blogspot.com
Moga pasukan kelantan terus maju utk masa hadapan
from : photoshopmanipulation.blogspot.com
Feel like saying something
Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.