Semalam kecoh kat twitter seorang player Chelsea iaitu superstar dari Belgium melakukan keganasan terhadap budak milo dari swansea.
Memang keji dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain bolasepak professional malahan dari liga berprestij iaitu liga Inggeris.
Ape yang lebih menghairankan tiada apa-apa tindakan dari pihak polis terhadap pemain itu. Ada juga statement dari peminat liverpool yang sakit hati kerna media tidak menghebohkan sangat perkara ini, tetapi kalau berkaitan dengan Luiz Suares memang banyak penambahan untuk menjatuhkan penyerang Liverpool itu.
Kalau dilihat dari video memang pemain Chelsea Eden Hazard menyepak budak milo dari swansea itu dan melakukan keganasan terlampau dari seorang pemain professional.
Pemain Chelsea itu Eden Hazard menyepak budak milo itu kerana dikatakan budak milo itu sengaja lambat memulangkan bola untuk melengahkan permainan dan ini menyebabkan Hazard berang.
Chelsea yang ketika itu ketinggalan dalam persaingan Capital Cup memang tergesa-gesa untuk mengejar balik Swansea dalam saingan merebut tempat ke pusingan setereusnya.
Ape yang kelakar, Hazard membuat kenyataan dia nak sepak bola dan bukan budak itu tapi dari imbasan semula video memang berbeza dengan kenyataanya.
Ape-ape pun jom tengok video insiden tersebut dan buat penilaian sendiri.
0 comments:
Feel like saying something
Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.