Buscar

Monday 21 January 2013

Derby della Capitale







Perghh, macam best kan nama derby della Capitalle. Bukannya makanan n tapi sesuatu yang amat dasyat boleh dikategorikan dalam fakta bolasepak.

Kenalkah anda dengan kelab bolasepak dari liga Italy iaitu AS Roma yang ditaja oleh Kappa dan SS Lazio. Kappa memang jenama yg jersinya agak cantik la.




Tapi ni bukan nak bercerita pasal jersi atau baju tapi pasal permusuhan dua kelab dari ITALI ni. FORZA AZZURRI. Maksud forza azzurri xde kaitan atau unsur2 iluminati yea. Maksud dia simple aje, go Azzurri dan Azzuri nie maksud dia langit biru. Nanti ada satu entry pasal Forza Azzurri.

Sekarang ni nak cerita pasal permusuhan dua kelab di Itali ni. Permusuhan dua kelab utama ni memang agak popular di kalangan peminat bolasepak Itali dan juga Eropah dan diakatakan merupakan paling meriah, ganas dan juga rasis.

Menurut maklumat yang dibaca dan ramai orang-orang tempatan yang merupakan peminat dua kelab bolasepak ini, permusuhan antara dua kelab ini bukan sekadar mengenai  bolasepak tetapi lebih kepada politik dan juga isu perkauman.

Pemusuhan bermula dari tindakan diktator yang agak popular iaitu Benito Mussollini. dia telah menyatukan kelab-kelab roman iaitu Roman, Alba-Audace dan Fortitudo untuk mencabar kelab-kelab dari Utara. Tetapi Lazio engan bersatu dan merupakan satu-satunya kelab Utama pada masa itu yang tidak bergabung. Perlawana  pertama antara dua kelab ini adalah pada 8 Disember 1929 yang dimenangi oleh Roma dan merupakan titik permulaan persengketaan antara dua kelab in.



Duah buah kelab ini mewakili dua budaya sisial yang berlawanan dalam sejarah kebudayaan Itali. Lazio ni kiranya dikatakan negeri yang dihuni oleh kelas yang mewah mengikut sejarah manakala Roma pula dipenuhi dengan puak2 kelas pertengahan.

Padahal kedua-dua buah kelab ini merupakan dalam satu daerah atau negeri cuma mewakili dua puak yang berbeza. Tapi kedua-dua kelab ini berusaha untuk menjadi kelab yang boleh mencabar kedua-dua kelab dari Utara Itali iaitu Juventus, AC milan dan Inter Milan.

Peminat-peminat Lazio selalu menggunakan simbol swastika dan lambang yang menimbulkan kebencian dan merupakan peminat yang amat mengamalkan sifat perkauman. Duah buah peminat kelab ini memang mengharapkan kelab mereka memenangi antara satu sama lain walaupun tidak memenangi liga. Tidak bermakna memenangi liga kalau kalah diantara mereka.

Kemuncak persengketaan antara dua kelab ini yang paling ganas antara dua kelab ini berlaku pada 1979 dimana peminat dari Lazio pernah dibunuh dengan dibakar hidup-hidup oleh peminat Roma. Dan insiden ini merupakan kejadian keganasan yang melibatkan kematian yang pertama dalam sejarah boasepak.

Selain itu, pernah sekali satu perlawanan diantara dua kelab ini dibatalkan pada tahun 2004 kerana peminat Roma menyebarkan khabar angin bahawa seorang kanak-kanak mati dibunuh. Ini mengakibatkan perlawanan dihentikan seketika kerana penyokong-penyokong membaling mercun antara satu sama lain.

Jom usha sikit video-video dari youtube.







sumber asal Wikipedia
Diolah dengan sedikit pengtahuan dari pengarang.

nak baca lebih lanjut boleh baca di sini dan boleh search sendiri.....



0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas