Buscar

Sunday 27 January 2013

Messi: Kebencian negara sendiri.






Menang ballon d'or empat tahun berturut-turut merupakan satu tahap kejayaan yang hebat dalam sukan bolasepak. Menewaskan seteru utama Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan Andreas Iniesta. Kegembiraan memang terpancar di setiap wajah peminat-peminat barcelona dan Lionel Messi.

Tetapi setelah digoogle cerita tentang messi, terjumpa plak dekat yahoo answer pasal ini. MESSI IS HATED IN ARGENTINA.

Tapi tidak kepada peminat-peminat bolasepak dari Argentina. Pelik bukan kerana Messi adalah warganegara Argentina tapi orang-orang argentina tidak menyukai Lionel messi.



Bagi Argentina, perbandingan Messi dengan Diego Maradona merupakan satu penghinaan kerana di Argentina maradona dianggap seperti tuhan dan Messi sebaliknya. Tidak ada satu pun kelab peminat messi di Argentina dan berasal di Argentina. Punca semua ini berlaku merupakan sesuatu yang pelik, tapi ada sebabnya tersendiri.



Malahan Pele sendiri pernah menyatakan satu kenyataan yang berbunyi: 

 "Now everyone is talking about Messi, he is a star. But for messi to be the best ever, he must first become better than Neymar."Sumber dari BleacherReport.

Tapi kena paham disitu Pele lebih menyebelahi negaranya tetapi kenyataan ini seperti tidak adil bagi Messi.

Di Argentina ada sebuah stadium yang dinamakan sempena nama Diego Maradona iaitu stadium kelab pertama Maradona di Buones Aires iaitu stadium kelab Argentinos Juniors. Sebaliknya berlaku terhadap Messi kerana dia tidak pernah bermain untuk kelab di Negara kelahirannya sendiri.



Messi meninggalkan kelab kelahirannya sejak kecil lagi, iaitu ketika berumur 13 tahun. Untuk bermain dengan kelab Sepanyol. Memang dilahirkan dengan masalah pembesaran yang terbantut, tetapi messi merupakan seorang yang amat berbakat dalam bolasepak. Bola seperti melekat dikakinya dan disebabkan itulah Barcelona berminat untuk merawat dan melatih Messi sehingga ke tahap sekarang.

Messi sewaktu berumur 6 tahun. Paling kiri tengah berdiri memang agak kecil berbanding rakan-rakannya.

Gerrard Pique(atas kiri), Cesc Fabregas atas kanan messi diabawah ketika di akademi Barcelona.

Apa yang Maradona ada semuanya ada pada Messi dan kalau dilihat Messi tampak lebih berbakat dari Maradona. Pergerakan, penyudah, gelecek bentuk tubuh badan boleh dikatakan hampir sama dan Messi juga pernah menjaringkan gol dengan gerakan yang sama seperti Maradona menjaringkan gol kemenangan untuk Argentina terhadap england dan juga Messi terhadap Getafe.


Ape yang messi  berbanding Maradona adalah prestasinya ketika bermain dengan Argentina. Messi hanya menjaringkan 16 gol dari 15 perlawanan ketika bersama Argentina manakala Maradona 115 gol dalam 167 perlaanan mewakili Argentina. Prestasinya untuk bermain dengan Argentina amat berbeza berbanding ketika Messi bermain untuk Barcelona.

Daripada hasil pembacaan banyak teori2 yang menjadi punca kenapa Messi tidak mempunyai ramai peminat dari Argentina. Antaranya ialah:


  1. Tidak pernah bermain mewakili kelab bolasepak dari Argentina.
  2. Membesar sebagai pemain bolasepak di Sepanyol.
  3. Prestasi ketika bermain untuk Argentina berbeza dengan prestasi untuk bermain bersama denagn Barcelona.
  4. Jumlah jaringan untuk Argentina amat sedikit dan selalu dibandingkan dengan lagenda Argentina Maradona.


Bagi Lionel Messi, dia telah berusaha untuk bermain dengan sepenuh hatinya mewakili Argentina. Dia juga tidak malu untuk megakui dia berasal dari Argentia. Selain itu, Messi tidak pernah lupa dialek asalnya walaupun telah berpindah untuk bermain di sepanyol sejak dari kecil dan tidak pernah lupakan kampung halamannya.


Lionel Messi memang telah menunjukkan dia adalah sebaik Maradona dan kariernya sebagai pemain bolasepak akan berakhir lebih baik dari Maradona. Ape yang perlu dicapainya adalah memenangi Piala dunia untuk Argentina untuk memenangi hati Argentina. Namun, ape yang dia perlu tahu dia tetap mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia.




Sumber dari mercopress, guardian.co.uk, bleacherreports dan dailymail.co.uk.










0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas