Buscar

Showing posts with label David Beckham. Show all posts
Showing posts with label David Beckham. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

Video : Jaringan - jaringan sepakan percuma david beckham dari berumur 20an.



Lama betul tak update belog nie sejak lappy rosak. dah berkulat dah blog ni agaknya.

Kali ni entri yang nak di post agak rigkas tapi bermakna sebab nie adalah satu anugerah untuk sukan bolasepak.




Baru2 nie je kita dah dikejutkan dengan persaraan-persaraan nama ternama dalam arena sukan bolasepak seperti Persaraan Pengurus lagenda kelab setan merah Man U Sir Alex ferguson bahkan David Beckam pun bersara juga dengan kelab terakhirnya PSG.

Giggs je tak reti2 nak bersara. Ape-ape pun moga2 Moyes boleh menerajui kelab Manchester United sepertimana Fergie buat. Hopefully la.

Tapi, david beckham tetap terbaik la. Memang terbaik kalau dari segi freekick dia yg terbaik. Ape2 pun jom tgk video gol2 jarinan freekick dari beckham ni sejak dia berumur 20 tahun total kesemuanya 65 gol.

enjaiiii......



*p/s mamat ni merupakan ikon fesyen dalam sukan bolasepak dunia, ramai perempuan berair sebab mamat ni ler.


Thursday, 20 September 2012

Gary Neville dan David Beckham hancurkan karier Azrul Amri Burhan






Peminat pasukan Perak pasti masih mengingati nama pemain ini. Azrul Amri Burhan merupakan pemain yang cukup berpotensi dan berbakat ketika zaman mudanya dan pernah dianggap sebagai penganti playmaker lagenda pasukan negara Azizul Abu Hanifah. Sepanjang kariernya beliau pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, Perak dan beberapa pasukan lagi.

Beliau juga pernah mewakili pasukan Olimpik Malaysia pada suatu ketika dahulu. Pada tahun 1995 buat pertama dan terakhir kalinya pasukan negara dijemput untuk menyertai Festival International “Espoir de Toulon” ataupun lebih dikenali sebagai Toulon Tournament( Kejohanan bagi bakat baru di seluruh dunia),kejohanan ini banyak melahirkan bakat muda seperti Beckham, Adik beradik Neville, Alan Shearer dan ramai lagi. Hasil Usaha Claude le Roy(Jurulatih Malaysia ketika itu) dengan Persatuan Bolasepak Perancis Malaysia akhirnya berjaya menyertai kejohanan terulung bagi pemain muda ini. 



Malaysia diletakkan dlam kumpulan maut bersama Brazil, England dan juga Angola. Malaysia telah tumpas kepada pasukan Angola 0-1 dalam perlawanan pertama. Ketika itu  midfield dikemudi oleh Azrul Amri Burhan,pemain yang begitu berbakat di era moden. Selepas perlawanan itu beliau telah didatangi oleh Michel Platini(lagenda Perancis) untuk menyertai kelab utama liga Perancis Montpellier FC. Dikhabarkan kelab tersebut bersedia untuk membayar Rm1 juta (rekod perpindahan bagi seorang pemain Malaysia). Ini adalah kerana Azrul merupakan pemain yang lengkap dari segi teknik, kreativiti dan tenang di atas padang. 

Namun harapan untuk melihat pemain negara beraksi buat pertama kali di liga utama Perancis hancur berkecai apabila Azrul mengalami kecederaan yang serius di bahagian lutut akibat tackle keras daripada adik beradik Neville dan juga David beckham. Kekerasan ini disebabkan Azrul berjaya mengawal bahagian tengah dengan baik hingga membuatkan pasukan England cemas. Dalam perlawanan tersebut Malaysia telah tumpas 0-2 akibat taktik kotor England tersebut. 

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Malaysia menentang Brazil tanpa kelibat Azrul dan Malaysia tumpas 0-2. Selepas mengalami kecederaan serius tersebut permainan Azrul Amri Burhan sudah tidak seperti dahulu lagi dan karier beliau juga turut merudum. 



Sumber dari blog hadriegas, rembatbola dan akubekasplayer.




 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas