Buscar

Showing posts with label Sepanyol. Show all posts
Showing posts with label Sepanyol. Show all posts

Sunday, 7 October 2012

Cincin Berlian khas sempena piala dunia


Selepas sepanyol memenangi Euro 2012 baru-baru ini, ramai peminat-peminat fanatik bolasepak dunia menunggu pula acara sukan paling berprestij dunia iaitu Piala dunia. Tapi tahukah anda semua pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika yang juga dimenangi oleh Sepanyol, FIFA telah meluluskan untuk menjadikan cincin yang bernilai USD 2.500 hingga USD 250 000 yang telahpun dipamerkan di Bucaramanga pada April 22 tahun 2010 sebagai cincin rasmi kejohanan. Cincin ini diperbuat daripada Zamrud dan berlian yang diimport dari South Afrika. Blood Money la weh....

Rekabentuk cincin mewah ini mengandungi bola, stadium dan bendera 32 negara yang bertanding. Terdapat tujuh koleksi platinum yang yang setiap satu akan didermakan kepada FIFA dan satu koleksi emas yang akan didermakan untuk UNICEF atas jasanya membantu kanak-kanak yang susah di seluruh dunia. Satu lagi koleksi emas akan dihadiahkan kepada pemain yang paling bernilai sepanjang kejohanan dan tidak dapat dipastikan sama ada Diego Forlan(Bola Emas) atau Thomas Muller(Kasut Emas).






Diolah dari chinadaily dan bornrich.

Monday, 24 September 2012

Jordi Perez: Peminat kelantan dari sepanyol



Sebagai rakyat malaysia, kita sungguh berbangga memiliki peminat kelab bolasepak dari luar negara. Ini menunjukkan mutu pemain-pemain bolasepak negara yang mempunyai potensi. Kelab bolasepak kelantan merupakan kelab yang dikira prestasi yang terbaik dan mempunyai pemain-pemain yang berbakat seperti Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi dan Indra Putra.




Kelantan juga mempunyai peminat-peminat dari yang fanatik dan  bersemangat menyokong pasukan Negeri mereka. Apa yang sukar untuk dipercayai adalah pasukan Kelantan atau lebih dikenali dengan jolokan The Red Warrior mempunyai peminat dari Barcelona, Sepanyol.



Jordi Perez juga dikatakan meminati pasukan Kelantan kerana dia merasakan Kelantan ada persamaan dengan catalan. Secara ringkas boleh, dia mengaggap Catalunya adalah Kelantan yang terletak di spain manakala Kelantan pula adalah Catalunya yang terletak di Malaysia. Selain masalah negerinya yang mempunyai krisis dengan kerajaan pusat dan mempunyai budaya yang berbeza dengan negeri-negeri lain adalah persamaan kelantan dan catalunya.


Jordi Perez juga pernah datang ke Kelantan semata-mata untuk bercuti bersama-sama rakan facebooknya yang berasal dari kelantan. Melalui rakan facebooklah dia mengetahui tentang Kelantan dan bermula dari situ dia meminati pasukan Kelantan. Perkara yang paling indah bagi Jordi ketika berjalan-jalan di Kelantan ialah dia diperhatikan dan disapa oleh setiap orang Kelantan yang ditemui apabila dia bersiar sambil memakai jersi Kelantan, sehingga  dia memilih memakai jersi Kelantan dalam tempoh harinya berada di Kelantan malah dia turut bangga menjadi sebahagian penyokong Kelantan dengan mengucapkan " I'm proud to be Kelantanese".



Jordi juga memberitahu bahawa dia meminati dan mengikuti bolasepak Kelantan sejak di Barcelona lagi selain rakan-rakannya sebagai pendorong bagi Jordi mengenali pasukan Kelantan dengan lebih dekat lagi sehinggalah dia berjaya menjejakkan kakinya buat kali pertama di atas padang stadium Sultan Muhammad ke 4 walaupun dia hampa tidak dapat menyaksikan pemain yang diminatinya Norshahrul Idlan Talaha beraksi kerana silap mengatur jadual penerbangan dengan jadual perlawanan Kelantan 12 februari ini. Namun bagi Jordi Perez yang sudah biasa melihat aksi Messi, Puyol, Xavier Hernandes, David Villa dan semua pemain Barcelona bertekad akan meluangkan masa lagi untuk menyaksikan perlawanan Kelantan Julai ini.



Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga walaupun bukan rakyat Kelantan kerana mempunyai penyokong yang berada jauh di luar negara. Selain itu, Jordi memakai jersi The Red Warriors dari lapangan terbang Kota Bharu ke LCCT Kuala Lumpur, dari LCCT Kuala Lumpur ke London dan dari London ke Barcelona. Untuk pengetahuan, Jordi terpaksa menaiki kapal terbang ke London kerana Air Asia masih belum ada laluan terus ke Sepanyol.


Sumber dari TheRedWarrior

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas