Buscar

Showing posts with label iman shauki. Show all posts
Showing posts with label iman shauki. Show all posts

Friday, 21 September 2012

Iman Shauki bakal "Maestro" tengah pasukan negara





Ok apa yang aku nak ceritakan harini ialah tentang seorang anak muda yang berbakat besar di dalam arena bolasepak dan sedang menetap di England. Mungkin tajuk post aku di atas seperti terlalu mengharap untuk adik Iman menyinar, tapi pada pendapat aku adik Iman mempunyai azam yang tinggi untuk mencapai cita cita beliau sebagai seorang pemain profesional. Bagi aku juga adik Iman seorang yang peramah kerana memberi kerjasama yang baik semasa sesi temuramah.

Iman Shauki diberi nama,dilahirkan pada 3 March 1997(15 tahun) di Negeri Sembilan. Iman mula bermain bola seawal usia 5 tahun ketika berhijrah ke Australia selama dua tahun dan hanya bermain bola sepak jalanan(street soccer).. Pada awalnya Iman hanya bermain bola secara hobi. Idola Iman dalam bolasepak sudah semestinya kapten negara Safiq Rahim, dan yang lebih menarik tentang Iman walaupun tinggal di luar England,Iman lebih meminati Liga Super berbanding EPL(sesuatu yang orang Malaysia perlu contohi)




Iman telah berpindah ke England pada tahun 2008 dan mula bermain bola sepak secara serius selepas dapat mewakili sekolahnya. Bersama dengan Anuar Zaini, adik Iman telah bermain Saturday league iaitu permainan  5 sebelah di England, dan melalui itu juga mereka berdua telah di "scoute" oleh kelab Gateshead F.C. Mereka berdua telah pergi ke trial dan menyertai kelab itu pada bulan April lepas.

Namun begitu nasib Iman tidak begitu baik apabila gagal dalam trial tersebut manakala Anuar Zaini pula berjaya. Namun Iman tidak cepat berputus asa dan sedang mencari kelab untuk new season di sana dan akhirnya berjaya mendapat tawaran trial Kingston Park JFC pada hari Khamis yang lepas(20.9.12). 

Ini adalah status di facebook Iman selepas hari pertama trial di Kingston Park JFC:

"Baru balik dari trial tadi.. Alhamdulillah Trial semua ok! Iman sampai awal, get to meet the coach, Mark Campball and the players of Kingston.. Hujan Lebat dan Angin sejuk kuat! tapi Iman dah biasa dengan weather so main ok je.. In my opini
on, Iman Definitely 100% stood out unlike before at Gateshead and i aced the Trial!, i think i did :p.. I have done my best and Coach Mark nak Iman pergi minggu depan punya Training, dia mula kasi Iman team information sheet and stuff (gambar), which only team members get! this is good news =) .. Tapi Iman tak nak over confident pulak, last2 its Gateshead all over again :("










Pada pendapat aku setelah membaca status Iman ini, Iman sebenarnya sudah sebelah kaki untuk memasuki ke kelab itu. Ini adalah kerana jurulatih tersebut dilihat begitu berminat sehingga memberikan training sheet dan memanggil Iman semula pada minggu hadapannya.

So kite sebagai rakyat Malaysia marilah sama sama mendoakan kejayaannya dan berharap agar Iman mampu memberi yang terbaik...


Facebook Iman Shauki Disini

Friday, 14 September 2012

Anak muda Malaysia mendapat kontrak bersama Gateshead F.C.



Anuar Zaini bersama-sama Iman Shauki

Baru-baru ini, Dua anak muda Malaysia, Iman Shaukhi (kiri) dan Muhammed Anuar Zaini (kanan) berjaya mendapat trial bersama Academy Gateshead FC.

Namun begitu hanya Muhamed Anuar Zaini sahaja yang berjaya mendapat kontrak bersama pasukan ini. Anuar Zaini telah dilahirkan di Malaysia namun begitu telah berpindah ke England seawal usia 7 tahun. Beliau telah di scout oleh kelab Gateshade pada usia 15 tahun dan akhirnya telah mendapat kontrak. Beliau bermain di posisi sayap kanan.
Berikut adalah ucapan di facebook beliau setelah mendapat kontrak:

After joining Gateshead at around December time i've finally been informed that on TUESDAY i will be signing a CONTRACT with GATESHEAD FC. After around 7 months of hard work (because july and august i went back to Malaysia to celebrate Eid with family) my work has finally paid off. Around next sunday i will be recieving my jersey and the rest of the kit. Ya allah, terima kasih kerana memberi peluang ini kepada saya. Inshallah saya tak akan membiarkan peluang ini pergi ke sisa sia. And hopefully i will make you guys proud :)


Walaupun adik Iman Shauki agak kecewa kerana tidak mendapat kontrak bersama Gateshade,namun beliau tetap berbangga dengan kejayaan yang diperolehi rakannya
Berikut adalah ucapan tahniah yang disampaikan kepada Anuar melalui akaun facebook miliknya:

TAHNIAH BRO!!!! Walaupun Iman gagal, tapi Iman gembira tengok partner Malay Iman berjaya... Tahniah Anuar!! Make Me Proud =)


Anuar Zaini bersama-sama K. RajaGopal

Iman Shauki di stadium Nou Camp

kalau korang rasa nak check fb dorang boleh check kat sini.


Thursday, 13 September 2012

Senarai pemain Malaysia yang sedang dan pernah beraksi di luar negara


Dalam era bola sepak moden, hanya ada beberapa pemain tempatan yang pernah berani mencuba nasib di luar negara namun sayangnya tidak sempat untuk menunjukkan bakat sebenar, mereka diminta atau terpaksa pulang ke tanah air sehingga akhirnya menamatkan karier di liga tempatan.


Antara nama terawal pernah berkelana di luar negara termasuklah Lim Teong Kim yang pernah bermain untuk Hertha Berlin di liga Jerman pada tahun 1988 dan kini menjadi jurulatih untuk pasukan remaja Bayern Munich.



Memasuki dekad 2000, Akmal Rizal Ahmad Rakhli boleh dianggap pemain paling berjaya mencuba nasib di luar negara apabila pernah beraksi di RC Strasbourg dan FCSR Haguenau di Perancis. Ketika eranya juga muncul Mohd Fadzli Saari dan Rudie Ramli pernah beraksi di SV Wehen sebelum ketiga-tiga pemain ini kini beraksi di liga tempatan. Tidak lupa Titus James Palani yang pernah mencuba nasib di FC Villenoy kini beraksi di kelab divisyen tiga Perancis Nanteuil FC.



Senarai terkini pemain-pemain muda rakyat Malaysia yang sedang bermain di luar negara.


1. Nazmi Faiz Mansor (S.C. Beira-Mar) - Portugal
    Boleh check fb Nazmi di sini.


2. Muhd Ariff Zulkifly (Island Bay United) - New Zealand
    Boleh check fb Ariff di sini.

Ariff Zulkifly


3. Tam Sheang Tsung (Shanghai Shenshua) - China

Tam Sheang Tsung


4. Iman Shaukhi (Gateshead FC) - England
    Check fb Iman di sini.

5. Anuar Zaini (Gateshead FC) - England
    Check fb Anuar di sini.

6. Ash Ahmeed (Queens Park Rangers) - England


7. S. Kumaahran (Cruzeiro Esporte Clube) - Brazil
    Boleh check fb Kumaahran di sini.

8. B. Sanjeet Dinesh (Cruzeiro Esporte Clube) - Brazil


9. Wan Kuzain Wan Kamal (Sport School Michigan) - USA


10. Nokhorrom Sanjeet (Chantaburi FC ) - Thailand


11. Faril Anuar (Gisborn FC) - New Zealand (Sedang trial di Heracles Almelo, Belanda)


12. Fandi Anuar (Gisborn FC) - New Zealand (Sedang trial di Heracles Almelo, Belanda)


13. Tadashi Takeda (Fagiano Okayama FC) - Jepun


 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas