Buscar

Showing posts with label tam sheang tsung. Show all posts
Showing posts with label tam sheang tsung. Show all posts

Monday, 17 September 2012

Kenali pemain Malaysia yang bermain di Liga Super China ( Tam Sheang Tsung)





Malaysia sebenarnya tidak ketandusan bakat muda dalam  bolasepak. Salah seorangnya ialah Tam Sheang Tsung yang bermain di Liga Super China bagi kelab Shanghai Shenhua Pada November lalu, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia telah menjalani pemilihan di kelab Shanghai Shenhua. Selepas pemerhatian selama enam bulan, pasukan jurulatih kelab tersebut sangat tertarik dengan permainannya yang konsisten.Sheang Tsung, pemain bola sepak berbakat dilahirkan di Tokyo pada 1995. Sheang Tsung, warganegara Malaysia, telah mengikut ibu bapanya ke Jepun atas urusan perniagaan dan membesar di sana. Ibu bapa Sheang Tsung, Tam Yun Tong dan Ang Hui Chin merupakan pemilik sebuah restoran Rasa Malaysian Cuisine Restaurant sejak 16 tahun lalu. 


Sheang Tsung bermain bola sepak pada usia sembilan tahun dan semasa dia berusia 13 tahun, pencari bakat dari Yokohama FC telah memilihnya untuk pasukan Yokohama FC Bawah-15. Pada umur 14 tahun dia telah di hantar ke Sao Paulo untuk menyertai San Barnado FC selama empat bulan. Kemudian pada umurnya 15 tahun, kelab tersebut telah menghantarnya ke Cardiff City untuk latihan selama tiga bulan. Pada 2010, dia menyertai kelab Divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan telah digelar pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun.

So apa yang aku harapkan kat sini,King Gopal akan memberi peluang kepada pemain ini, walaupun pemain ini masih muda. Kalau Anelka sebagai jurulatih skuad Shanghai Shenhua ketika itu boleh nampak bakat pemain ini, takkan King gopal tak boleh nampak kan? At least give him a trial dulu la.




Aku kalau boleh tak nak la  Sheang Tsung  ni jadi macam player Indonesia bernama Syaffarizal Mursalin Agri(yang bertanda bulat dekat gambar di atas). Dia ni penyerang muda yang bermain di liga professional Qatar bersama kelab Al-Khor. Baru umur 19 tahun tapi da main kelab macam Al-Khor(Al-Khor ialah salah satu kelab gergasi di Qatar). Syaffarizal ni da pindah Qatar masa umur 4 tahun lagi. Tapi bila da besar,nama pon da naik dia ni buat pengakuan yang dia tak nak wakili Indonesia. Dia nak main untuk negara Qatar. 

So aku harap King gopal ambil la pengajaran daripada negara jiran kita tu. Jangai sampai nama  Sheang Tsung  da top baru nak panggil. Time tu pon memang dia tak pandang da la nak wakil Malaysia,melainkan kalau memang dia sayangkan negara kelahiran dia ni.....


Thursday, 13 September 2012

Senarai pemain Malaysia yang sedang dan pernah beraksi di luar negara


Dalam era bola sepak moden, hanya ada beberapa pemain tempatan yang pernah berani mencuba nasib di luar negara namun sayangnya tidak sempat untuk menunjukkan bakat sebenar, mereka diminta atau terpaksa pulang ke tanah air sehingga akhirnya menamatkan karier di liga tempatan.


Antara nama terawal pernah berkelana di luar negara termasuklah Lim Teong Kim yang pernah bermain untuk Hertha Berlin di liga Jerman pada tahun 1988 dan kini menjadi jurulatih untuk pasukan remaja Bayern Munich.



Memasuki dekad 2000, Akmal Rizal Ahmad Rakhli boleh dianggap pemain paling berjaya mencuba nasib di luar negara apabila pernah beraksi di RC Strasbourg dan FCSR Haguenau di Perancis. Ketika eranya juga muncul Mohd Fadzli Saari dan Rudie Ramli pernah beraksi di SV Wehen sebelum ketiga-tiga pemain ini kini beraksi di liga tempatan. Tidak lupa Titus James Palani yang pernah mencuba nasib di FC Villenoy kini beraksi di kelab divisyen tiga Perancis Nanteuil FC.



Senarai terkini pemain-pemain muda rakyat Malaysia yang sedang bermain di luar negara.


1. Nazmi Faiz Mansor (S.C. Beira-Mar) - Portugal
    Boleh check fb Nazmi di sini.


2. Muhd Ariff Zulkifly (Island Bay United) - New Zealand
    Boleh check fb Ariff di sini.

Ariff Zulkifly


3. Tam Sheang Tsung (Shanghai Shenshua) - China

Tam Sheang Tsung


4. Iman Shaukhi (Gateshead FC) - England
    Check fb Iman di sini.

5. Anuar Zaini (Gateshead FC) - England
    Check fb Anuar di sini.

6. Ash Ahmeed (Queens Park Rangers) - England


7. S. Kumaahran (Cruzeiro Esporte Clube) - Brazil
    Boleh check fb Kumaahran di sini.

8. B. Sanjeet Dinesh (Cruzeiro Esporte Clube) - Brazil


9. Wan Kuzain Wan Kamal (Sport School Michigan) - USA


10. Nokhorrom Sanjeet (Chantaburi FC ) - Thailand


11. Faril Anuar (Gisborn FC) - New Zealand (Sedang trial di Heracles Almelo, Belanda)


12. Fandi Anuar (Gisborn FC) - New Zealand (Sedang trial di Heracles Almelo, Belanda)


13. Tadashi Takeda (Fagiano Okayama FC) - Jepun


 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas