Buscar

Showing posts with label Cristiano Ronaldo. Show all posts
Showing posts with label Cristiano Ronaldo. Show all posts

Sunday, 27 January 2013

Messi: Kebencian negara sendiri.






Menang ballon d'or empat tahun berturut-turut merupakan satu tahap kejayaan yang hebat dalam sukan bolasepak. Menewaskan seteru utama Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan Andreas Iniesta. Kegembiraan memang terpancar di setiap wajah peminat-peminat barcelona dan Lionel Messi.

Tetapi setelah digoogle cerita tentang messi, terjumpa plak dekat yahoo answer pasal ini. MESSI IS HATED IN ARGENTINA.

Tapi tidak kepada peminat-peminat bolasepak dari Argentina. Pelik bukan kerana Messi adalah warganegara Argentina tapi orang-orang argentina tidak menyukai Lionel messi.



Bagi Argentina, perbandingan Messi dengan Diego Maradona merupakan satu penghinaan kerana di Argentina maradona dianggap seperti tuhan dan Messi sebaliknya. Tidak ada satu pun kelab peminat messi di Argentina dan berasal di Argentina. Punca semua ini berlaku merupakan sesuatu yang pelik, tapi ada sebabnya tersendiri.



Malahan Pele sendiri pernah menyatakan satu kenyataan yang berbunyi: 

 "Now everyone is talking about Messi, he is a star. But for messi to be the best ever, he must first become better than Neymar."Sumber dari BleacherReport.

Tapi kena paham disitu Pele lebih menyebelahi negaranya tetapi kenyataan ini seperti tidak adil bagi Messi.

Di Argentina ada sebuah stadium yang dinamakan sempena nama Diego Maradona iaitu stadium kelab pertama Maradona di Buones Aires iaitu stadium kelab Argentinos Juniors. Sebaliknya berlaku terhadap Messi kerana dia tidak pernah bermain untuk kelab di Negara kelahirannya sendiri.



Messi meninggalkan kelab kelahirannya sejak kecil lagi, iaitu ketika berumur 13 tahun. Untuk bermain dengan kelab Sepanyol. Memang dilahirkan dengan masalah pembesaran yang terbantut, tetapi messi merupakan seorang yang amat berbakat dalam bolasepak. Bola seperti melekat dikakinya dan disebabkan itulah Barcelona berminat untuk merawat dan melatih Messi sehingga ke tahap sekarang.

Messi sewaktu berumur 6 tahun. Paling kiri tengah berdiri memang agak kecil berbanding rakan-rakannya.

Gerrard Pique(atas kiri), Cesc Fabregas atas kanan messi diabawah ketika di akademi Barcelona.

Apa yang Maradona ada semuanya ada pada Messi dan kalau dilihat Messi tampak lebih berbakat dari Maradona. Pergerakan, penyudah, gelecek bentuk tubuh badan boleh dikatakan hampir sama dan Messi juga pernah menjaringkan gol dengan gerakan yang sama seperti Maradona menjaringkan gol kemenangan untuk Argentina terhadap england dan juga Messi terhadap Getafe.


Ape yang messi  berbanding Maradona adalah prestasinya ketika bermain dengan Argentina. Messi hanya menjaringkan 16 gol dari 15 perlawanan ketika bersama Argentina manakala Maradona 115 gol dalam 167 perlaanan mewakili Argentina. Prestasinya untuk bermain dengan Argentina amat berbeza berbanding ketika Messi bermain untuk Barcelona.

Daripada hasil pembacaan banyak teori2 yang menjadi punca kenapa Messi tidak mempunyai ramai peminat dari Argentina. Antaranya ialah:


  1. Tidak pernah bermain mewakili kelab bolasepak dari Argentina.
  2. Membesar sebagai pemain bolasepak di Sepanyol.
  3. Prestasi ketika bermain untuk Argentina berbeza dengan prestasi untuk bermain bersama denagn Barcelona.
  4. Jumlah jaringan untuk Argentina amat sedikit dan selalu dibandingkan dengan lagenda Argentina Maradona.


Bagi Lionel Messi, dia telah berusaha untuk bermain dengan sepenuh hatinya mewakili Argentina. Dia juga tidak malu untuk megakui dia berasal dari Argentia. Selain itu, Messi tidak pernah lupa dialek asalnya walaupun telah berpindah untuk bermain di sepanyol sejak dari kecil dan tidak pernah lupakan kampung halamannya.


Lionel Messi memang telah menunjukkan dia adalah sebaik Maradona dan kariernya sebagai pemain bolasepak akan berakhir lebih baik dari Maradona. Ape yang perlu dicapainya adalah memenangi Piala dunia untuk Argentina untuk memenangi hati Argentina. Namun, ape yang dia perlu tahu dia tetap mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia.




Sumber dari mercopress, guardian.co.uk, bleacherreports dan dailymail.co.uk.










Tuesday, 25 September 2012

Premier League Hatrik Hero dari Musim 1992-1993 Hingga Musim 2012-2013



Sejak penubuhan pertandingan liga bola sepak Inggeris, Liga Perdana pada tahun 1992, lebih daripada 100 pemain telah menjaringkan tiga gol (hatrik) atau lebih dalam perlawanan tunggal. Pemain pertama untuk mencapai hatrik adalah pemain dari Perancis, Eric Cantona, yang menjaringkan tiga kali untuk Leeds United dalam kemenangan 5-0 ke atas Tottenham Hotspur.
Dua puluh pemain telah menjaringkan lebih daripada tiga gol dalam satu perlawanan, manakala empat pemain, Andrew Cole, Alan Shearer, Jermain Defoe dan Dimitar Berbatov pernah menjaringkan lima gol untuk satu perlawanan . Robbie Fowler memegang rekod untuk hatrik paling pantas Liga Perdana dengan menjaringkan tiga gol ketika menentang Arsenal dalam masa 4 minit 23 saat. Pada tahun 1999, pemain Manchester United Ole Gunnar Solskjær menjaringkan empat gol dalam dua belas minit selepas masuk sebagai pemain gantian ketika  menentang Nottingham Forest, (rekod untuk penjaring empat gol terpantas di England). 


Perlawanan antara Arsenal dan Southampton di Highbury pada tahun 2003 menyaksikan kedua-dua pemain Jermaine Pennant dan Robert Pires menjaringkan hatrik untuk pasukan rumah. Pada tahun 2007, pemain Blackburn Rovers, Roque Santa Cruz dan pemain Wigan Marcus Bent menjaringkan hatrik untuk pasukan masing-masing dengan keputusan Wigan menang 5-3. Hanya 4 pemain, Les Ferdinand, Ian Wright, Didier Drogba dan Wayne Rooney, telah menjaringkan hatrik dalam 2 liga permainan berturut-turut. Hatrik daripada pemain Manchester United, Wayne Rooney pada 10 September 2011 dan pemain Southampton Matt Le Tissier  pada 19 Ogos 1995 adalah dijaringkan melalui set pieces yang terdiri daripada tendangan penalti dan tendangan percuma .


Shearer telah menjaringkan tiga atau lebih gol sebanyak sebelas kali dalam Liga Perdana Inggeris, lebih daripada mana-mana pemain lain. Robbie Fowler telah menjaringkan sembilan hatrik , Thierry Henry dan Michael Owen telah menjaringkan lapan hatrik. Lima pemain telah menjaringkan hatrik untuk tiga kelab yang berbeza iaitu Aiyegbeni Yakubu (Blackburn Rovers, Everton dan Portsmouth); Nicolas Anelka (Arsenal, Chelsea dan Manchester City); Kevin Campbell (Arsenal, Everton dan Nottingham Forest); Les Ferdinand (Newcastle Amerika, Queens Park Rangers dan Tottenham Hotspur) dan Teddy Sheringham (Manchester United, Portsmouth dan Tottenham Hotspur),


Pemain yang memegang rekod perpindahan paling mahal di dunia, Cristiano Ronaldo, hanya mampu untuk menjaringkan satu hatrik di Liga Perdana Inggeris ketika menentang Newcastle United pada Januari 2008 walaupun telah menjaringkan 84 kareer gol ketika beraksi untuk Manchester United.

Sila klik sini  untuk melihat statistik yang lebih lanjut

Sunday, 9 September 2012

Cristiano Ronaldo Tidak Berpuas Hati!!!



Dikhabarkan Cristiano Ronaldo tidak gembira bersama Real Madrid. Duit banyak pun tak happy jgk ker bro?

Ronaldo dikatakan tak berpuas hati disebabkan Real tak nak memperbaharui kontrak dengan gaji bernilai $500000 seminggu...Banyak tu woi.

Tetapi ada sumber2 mengatakan cristiano tidak berpuas hati dan tidak gembira bersama Kelab Bolasepak Real MAdrid kerana kurang dihormati oleh rakan2 sepasukan.

Dalam pada itu, Alex ferguson dikhabarkan berminat untuk membawa pemain Bintang antarabangsa Portugal ke Old trafford dan akan mendesak pengurusan kelab Manchester United untuk sanggup membayar walau berapa jumlah sekalipun. Tergadai la kelab Alex Ferguson oii.



 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas