Buscar

Showing posts with label England. Show all posts
Showing posts with label England. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

Hazard: Pemain bolasepak keji.




Semalam kecoh kat twitter seorang player Chelsea iaitu superstar dari Belgium melakukan keganasan terhadap budak milo dari swansea.

Memang keji dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain bolasepak professional malahan dari liga berprestij iaitu liga Inggeris.


Ape yang lebih menghairankan tiada apa-apa tindakan dari pihak polis terhadap pemain itu. Ada juga statement dari peminat liverpool yang sakit hati kerna media tidak menghebohkan sangat perkara ini, tetapi kalau berkaitan dengan Luiz Suares memang banyak penambahan untuk menjatuhkan penyerang Liverpool itu.



Kalau dilihat dari video memang pemain Chelsea Eden Hazard menyepak budak milo dari swansea itu dan melakukan keganasan terlampau dari seorang pemain professional.

Pemain Chelsea itu Eden Hazard menyepak budak milo itu kerana dikatakan budak milo itu sengaja lambat memulangkan bola untuk melengahkan permainan dan ini menyebabkan Hazard berang.

Chelsea yang ketika itu ketinggalan dalam persaingan Capital Cup memang tergesa-gesa untuk mengejar balik Swansea dalam saingan merebut tempat ke pusingan setereusnya.

Ape yang kelakar, Hazard membuat kenyataan dia nak sepak bola dan bukan budak itu tapi dari imbasan semula video memang berbeza dengan kenyataanya.

Ape-ape pun jom tengok video insiden tersebut dan buat penilaian sendiri.








Monday, 24 September 2012

Berakhirnya Karier "Kereta Kebal" England



Bekas kapten England, John Terry telah membuat keputusan secara dramatik untuk berhenti bermain bola sepak di peringkat antarabangsa pada hari Ahad, kurang 24 jam sebelum Persatuan Bola Sepak England mendengarkan kes dakwaan ke atas beliau yang bersifat perkauman ke atas Anton Ferdinand, seorang pemain Queens Park Rangers .

Kapten Chelsea Terry, 31, berkata FA telah membuat kedudukan beliau "tidak dapat dipertahankan lagi" selepas dia telah pun dibersihkan daripada tuduhan jenayah yang berpunca daripada kontroversi perkauman yang menggegarkan Oktober tahun lepas.

"Saya hari ini mengumumkan persaraan saya dari bola sepak antarabangsa," kata Terry dalam satu kenyataan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurus England yang telah memilih saya untuk penampilan ke 78 saya. Saya telah berbesar hati berkongsi penghormatan itu dengan semua pemain yang telah bermain dengan saya

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka, peminat dan keluarga saya untuk sokongan dan galakan mereka semasa kerjaya antarabangsa saya.

"Mewakili dan menjadi kapten untuk  negara saya adalah apa yang saya impikan sejak zaman kecil dan ia telah menjadi satu penghormatan yang benar-benar hebat. Saya telah memberikan segalanya dan saya berasa amat berat untuk membuat keputusan ini, "tambah Terry yang membuat debut England pada tahun 2003.

"Saya inginkan Roy (Hodgson, pengurus England) dan setiap pasukan, kejayaan untuk masa depan.

"Saya membuat kenyataan ini hari ini terlebih dahulu sebelum pendengaran pertuduhan tatatertib FA, kerana saya merasakan FA, dalam mengejar tuduhan terhadap saya di mana saya telah pun dibersihkan dalam mahkamah undang-undang sebelum ini, telah membuatkan kedudukan saya dengan pasukan kebangsaan tidak dapat dipertahankan lagi.

"Saya kini tidak sabar-sabar untuk bermain untuk Chelsea FC, ​​bagi mencabar kejuaraan domestik dan Eropah, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan kelab atas sokongan berterusan mereka."


Pertahanan tengah Terry sentiasa menafikan menggunakan kata-kata berbaur perkauman terhadap Ferdinand semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris pada bulan Oktober lalu dan telah dibersihkan daripada pertuduhan berhubung kejadian itu oleh mahkamah London pada bulan Julai lalu.

Terry telah dilucutkan sebagai kapten England akibat dakwaan perkauman itu dan apa yang lebih kontroversi adalah beliau telah dimasukkan ke dalam skuad Hodgson untuk Kejohanan Eropah tahun ini manakala Rio Ferdinand, abang kepada Anton Ferdinand telah disingkirkan daripada skuad yang bergelar "Three Lions" itu.



Friday, 21 September 2012

Iman Shauki bakal "Maestro" tengah pasukan negara





Ok apa yang aku nak ceritakan harini ialah tentang seorang anak muda yang berbakat besar di dalam arena bolasepak dan sedang menetap di England. Mungkin tajuk post aku di atas seperti terlalu mengharap untuk adik Iman menyinar, tapi pada pendapat aku adik Iman mempunyai azam yang tinggi untuk mencapai cita cita beliau sebagai seorang pemain profesional. Bagi aku juga adik Iman seorang yang peramah kerana memberi kerjasama yang baik semasa sesi temuramah.

Iman Shauki diberi nama,dilahirkan pada 3 March 1997(15 tahun) di Negeri Sembilan. Iman mula bermain bola seawal usia 5 tahun ketika berhijrah ke Australia selama dua tahun dan hanya bermain bola sepak jalanan(street soccer).. Pada awalnya Iman hanya bermain bola secara hobi. Idola Iman dalam bolasepak sudah semestinya kapten negara Safiq Rahim, dan yang lebih menarik tentang Iman walaupun tinggal di luar England,Iman lebih meminati Liga Super berbanding EPL(sesuatu yang orang Malaysia perlu contohi)




Iman telah berpindah ke England pada tahun 2008 dan mula bermain bola sepak secara serius selepas dapat mewakili sekolahnya. Bersama dengan Anuar Zaini, adik Iman telah bermain Saturday league iaitu permainan  5 sebelah di England, dan melalui itu juga mereka berdua telah di "scoute" oleh kelab Gateshead F.C. Mereka berdua telah pergi ke trial dan menyertai kelab itu pada bulan April lepas.

Namun begitu nasib Iman tidak begitu baik apabila gagal dalam trial tersebut manakala Anuar Zaini pula berjaya. Namun Iman tidak cepat berputus asa dan sedang mencari kelab untuk new season di sana dan akhirnya berjaya mendapat tawaran trial Kingston Park JFC pada hari Khamis yang lepas(20.9.12). 

Ini adalah status di facebook Iman selepas hari pertama trial di Kingston Park JFC:

"Baru balik dari trial tadi.. Alhamdulillah Trial semua ok! Iman sampai awal, get to meet the coach, Mark Campball and the players of Kingston.. Hujan Lebat dan Angin sejuk kuat! tapi Iman dah biasa dengan weather so main ok je.. In my opini
on, Iman Definitely 100% stood out unlike before at Gateshead and i aced the Trial!, i think i did :p.. I have done my best and Coach Mark nak Iman pergi minggu depan punya Training, dia mula kasi Iman team information sheet and stuff (gambar), which only team members get! this is good news =) .. Tapi Iman tak nak over confident pulak, last2 its Gateshead all over again :("










Pada pendapat aku setelah membaca status Iman ini, Iman sebenarnya sudah sebelah kaki untuk memasuki ke kelab itu. Ini adalah kerana jurulatih tersebut dilihat begitu berminat sehingga memberikan training sheet dan memanggil Iman semula pada minggu hadapannya.

So kite sebagai rakyat Malaysia marilah sama sama mendoakan kejayaannya dan berharap agar Iman mampu memberi yang terbaik...


Facebook Iman Shauki Disini

Sunday, 9 September 2012

Ape itu WAGS????


Wags ialah singkatan dari perkataan yang digunakan oleh akhbar2 british ditujukan khas untuk isteri dan teman wanita pemain bolasepak berprofil tinggi di britsh. Penggunaan wags semakin meluas bermula pada Piala dunia 2006. Dan ianya telah digunakan secara meluas di seluruh dunia selepas itu.WAGS bukan grupie macam band2 yang selau ada yea...

Kat malaysia ade ke wags?


John Terry Terlepas Peluang Beraksi di Kelayakan Piala Dunia

Apalah Nasib John Terry nie, lembik lutut kuat sangat main perempuan.


Kapten England John Terry tekah mengalami kecederaan ketika skuad England membelasah Moldova 5 - 0 pada minit2 last. Terpaksalah Skuad England bermain dgn sepuluh pemain.

Dikhuatiri skuad Terry tidak dapat bermain untuk perlawanan meentang Ukraine dan dijangka akan digantikan dengan Gary Cahill.

*Kuat sangat main perempuan, tgk dah lembik lutut.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas