Sungguh kekhinziran animasi dari Taiwan ini. Sanggup dia buat animasi ini berkenaan dengan insiden sepak budak Milo oleh Hazard. Tapi apa yang lawak gambaran animasi Lampard la. Memang xboleh blah. haha..jom layan video ni.
Semalam kecoh kat twitter seorang player Chelsea iaitu superstar dari Belgium melakukan keganasan terhadap budak milo dari swansea.
Memang keji dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain bolasepak professional malahan dari liga berprestij iaitu liga Inggeris.
Ape yang lebih menghairankan tiada apa-apa tindakan dari pihak polis terhadap pemain itu. Ada juga statement dari peminat liverpool yang sakit hati kerna media tidak menghebohkan sangat perkara ini, tetapi kalau berkaitan dengan Luiz Suares memang banyak penambahan untuk menjatuhkan penyerang Liverpool itu.
Kalau dilihat dari video memang pemain Chelsea Eden Hazard menyepak budak milo dari swansea itu dan melakukan keganasan terlampau dari seorang pemain professional.
Pemain Chelsea itu Eden Hazard menyepak budak milo itu kerana dikatakan budak milo itu sengaja lambat memulangkan bola untuk melengahkan permainan dan ini menyebabkan Hazard berang.
Chelsea yang ketika itu ketinggalan dalam persaingan Capital Cup memang tergesa-gesa untuk mengejar balik Swansea dalam saingan merebut tempat ke pusingan setereusnya.
Ape yang kelakar, Hazard membuat kenyataan dia nak sepak bola dan bukan budak itu tapi dari imbasan semula video memang berbeza dengan kenyataanya.
Ape-ape pun jom tengok video insiden tersebut dan buat penilaian sendiri.
Michu pemain bolasepak kelab Inggeris Swansea yang pada perlawanan pembukaan telah menjraingkan dua gol. Sebelumini Michu bermain untuk kelab Rayo. Seorang pemain yg betul2 berkualiti kerana Michu telah menjaringkan 17 gol musim lepas ketika bersama Rayo. Apa yang menarik, Michu adalah pemain tengah dan bukan seorang penyerang. Dia lagi bagus dari Torres dan Carroll. Michu menyertai Swansea dengan yuran perpindahan 2million Euro.Tak mahal pun. Tapi Michu memilih untuk menyertai Swansea berbanding Manchester United dan Liverpool. Ini semua gara Michael laudrup kerana di sepanyol ramai orang menyukai laudrup dan disebabkan itulah Michu menyertai Swansea.
Kombinasi permainan Michu bersama-sama dengan Nathan Dyer, Wayne Routledge dan Danny Graham boleh dikatakan terbaik setakat ini dimana permainan Wayne Routledge dan Nathan Dyer akan mengucar kacirkan pertahanan lawan dan pada masa yang sama terpaksa mengawal kelincahan Danny Graham. Ini memberikan ruang untuk Michu menjaringkan gol. Melalui statistik untuk prestasi musim lepas berbanding dengan tiga penyerang berbisa EPL iaitu Van Persie, Rooney dan aguero, Michu lagi berbisa kerana posisinya yang bermain di tengah dan jumlah purata peluangnya yang hanya 2.4. 15 gol adalah sesuatu yang hebat kerana Michu bermain bersama José María Movilla and Javi Fuego yang selalu sahaja bermain secara menackle pihak lawan. Sungguh efisien kannn.
Jumlah jaringan
peluang/gol
peluang/game
Van Persie
30
5.8
4.6
Rooney
27
5.8
4.6
Agüero
23
5.7
3.8
Michu
15
5.9
2.4
Sebelum bermain untuk satu musim bersama Rayo, dia bermain untuk kelab Celta Vigo dan membuat lebih dari seratus penampilan. Michu menjaringkan dua gol ketika rayo bertemu Real Madrid musim lepas walaupun kalah 6-2.
Nama sebenar Michu adalah Miguel Perez Castro, Michu hanyalah nama panggilan semata-mata.
Michu dijangka akan terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan Sepanyol. Sama-samalah kita tgk prestasi Michu sepanjang EPL musim ini. Ciao.