Buscar

Friday 14 September 2012

Fakta2 tentang michu yang perlu anda tahu: Bintang baru bakal menyerlah.


Siapa itu Michu?


Michu pemain bolasepak kelab Inggeris Swansea yang pada perlawanan pembukaan telah menjraingkan dua gol. Sebelumini Michu bermain untuk kelab Rayo. Seorang pemain yg betul2 berkualiti kerana Michu telah menjaringkan 17 gol musim lepas ketika bersama Rayo. Apa yang menarik, Michu adalah pemain tengah dan bukan seorang penyerang. Dia lagi bagus dari Torres dan Carroll.

Michu menyertai Swansea dengan yuran perpindahan 2million Euro.Tak mahal pun. Tapi Michu memilih untuk menyertai Swansea berbanding Manchester United dan Liverpool. Ini semua gara Michael laudrup kerana di sepanyol ramai orang menyukai laudrup dan disebabkan itulah Michu menyertai Swansea.




Kombinasi permainan Michu bersama-sama dengan Nathan Dyer, Wayne Routledge dan Danny Graham boleh dikatakan terbaik setakat ini dimana permainan Wayne Routledge dan Nathan Dyer akan mengucar kacirkan pertahanan lawan dan pada masa yang sama terpaksa mengawal kelincahan Danny Graham. Ini memberikan ruang untuk Michu menjaringkan gol.

Melalui statistik untuk prestasi musim lepas berbanding dengan tiga penyerang berbisa EPL iaitu Van Persie, Rooney dan aguero, Michu lagi berbisa kerana posisinya yang bermain di tengah dan jumlah purata peluangnya yang hanya 2.4. 15 gol adalah sesuatu yang hebat kerana Michu bermain bersama  José María Movilla and Javi Fuego yang selalu sahaja bermain secara menackle pihak lawan. Sungguh efisien kannn.


Jumlah jaringanpeluang/golpeluang/game
Van Persie305.84.6
Rooney275.84.6
Agüero235.73.8
Michu155.92.4


Sebelum bermain untuk satu musim bersama Rayo, dia bermain untuk kelab Celta Vigo dan membuat lebih dari seratus penampilan. Michu menjaringkan dua gol ketika rayo bertemu Real Madrid musim lepas walaupun kalah 6-2.

Nama sebenar Michu adalah Miguel Perez Castro, Michu hanyalah nama panggilan semata-mata.

Michu dijangka akan terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan Sepanyol. Sama-samalah kita tgk prestasi Michu sepanjang EPL musim ini.

Ciao.

0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas