Buscar

Showing posts with label Arsenal. Show all posts
Showing posts with label Arsenal. Show all posts

Sunday, 23 September 2012

Analysis Gameweek 5 BPL


Gameweek 5 BPL telah berakhir dgn keputusan-keputusan adalah seperti berikut:


                      Gameweek 5
22 Sep 12:45SwanseaSwansea0 - 3EvertonEverton

22 Sep 15:00ChelseaChelsea1 - 0Stoke CityStoke City

22 Sep 15:00SouthamptonSouthampton4 - 1Aston VillaAston Villa

22 Sep 15:00West BromWest Brom1 - 0ReadingReading

22 Sep 15:00West HamWest Ham1 - 1SunderlandSunderland

22 Sep 15:00WiganWigan1 - 2FulhamFulham

23 Sep 13:30LiverpoolLiverpool1 - 2Man UtdMan Utd

23 Sep 15:00NewcastleNewcastle1 - 0NorwichNorwich

23 Sep 16:00Man CityMan City1 - 1ArsenalArsenal

23 Sep 16:00TottenhamTottenham2 - 1QPRQPR

Chelsea masih lagi mendahului liga dengan gol tunggal daripada Ashley Cole pada minit 85 perlawanan manakala Man Utd masih mengekori rapat ketinggalan 1 mata di belakang setelah kemenangan kontroversi ke atas Liverpool 1 2 di Anfield ketika perlawanan dicemari dengan kad merah ke atas pemain Liverpool, Jonjo Shelvey seawal minit ke39 perlawanan. Van Persie terus menjadi wira Man Utd dengan gol kontroversi dari penalti pada minit ke 81 perlawanan. Namun dua perkara positif daripada perlawanan ini ialah Man Utd telah memberi sokongan terhadap mangsa Hillsbrough seramai 96 orang yang terkorban setelah kapten masing-masing, Giggs dan Gerrard melepaskan belon sebanyak 96 sebagai tanda sokongan kepada keluarga yang terlibat. Dan juga insiden Evra dan Suarez kembali menghentikan persengketaan dengan masing-masing berjabat tangan di awal perlawanan.

Newcastle pula menang tipis ke atas Norwich City dengan kembalinya pengurus lama Newcastle, Chris Hugton ke  St James' Park yang ditukar nama ke Sports Direct Arena atas sebab-sebab 'sponsorship' dengan jaringan 1 0. Papiss Cisse pula membazirkan penalti yang diberikan dengan menyepak deras melambung tinggi melepasi tiang gol. Di Ettihad Stadium pula, perlawanan antara Man City dan Arsenal berkesudahan seri 1 -1 dengan gol dari dua pertahanan pasukan masing-masing iaitu Lescott dan L. Koscielny. Gol Koscielny berpunca daripada kesilapan Lescott yang merembat deras bola lantunan daripada Lescott. Manakala gol Lescott berpunca daripada sepakan sudut hasil hantaran David Silva.

Di Stadium White Hart Lane pula, Spurs mengalahkan QPR sendiri A.Faurlin dan Defoe. Walaubagaimanapun, QPR terlebih dahulu di hadapan pada minit 33 hasil jaringan Bobby Zamora. Gol kemenangan Defoe adalah hasil daripada "counter attack' setelah bola yang disangkakan foul tidak disiup wisel oleh pengadil perlawanan. Jan Vertonghen memulakan asakan dengan melarikan bola kemudian melorongkan bola kepada Bale di sebelah kiri, namun rembatan Bale terkena tiang yang melantun di hadapan gol yang mudah untuk Defoe menolak masuk bola tersebut.

Thursday, 20 September 2012

Preview Gameweek 5 BPL


Minggu yang dinantikan telah tiba kepada peminat Man United, Liverpool, Arsenal, dan juga Man City. Ini kerana keempat-empat team ini akan membuat perhitungan sesama sendiri pada hujung minngu ini. Berikut merupakan perlawanan-perlawanan yang berlansung:

Gameweek 5
22 Sep 12:45SwanseaSwanseavEvertonEverton
22 Sep 15:00ChelseaChelseavStoke CityStoke City
22 Sep 15:00SouthamptonSouthamptonvAston VillaAston Villa
22 Sep 15:00West BromWest BromvReadingReading
22 Sep 15:00West HamWest HamvSunderlandSunderland
22 Sep 15:00WiganWiganvFulhamFulham
23 Sep 13:30LiverpoolLiverpoolvMan UtdMan Utd
23 Sep 15:00NewcastleNewcastlevNorwichNorwich
23 Sep 16:00Man CityMan CityvArsenalArsenal
23 Sep 16:00TottenhamTottenhamvQPRQPR
Dan antara perlawanan-perlawanan yang dijangka sengit dan mendapat liputan dunia adalah seperti Chelsea v Stoke City, Liverpool v Man Utd, dan Man City v Arsenal.

Chelsea v Stoke City

Chelsea sekali lagi cuba mempertaruhkan Hazard, Torres, dan Terry bagi perlawanan menentang Stoke City. Dan kelibat pemain baru dibeli awal musim dari Internacional dijangka memberi tumpuan, Oscar. Oscar menjaringkan gol cantik ketika menentang Juventus dalam aksi Liga Juara-juara Eropah tempoh hari dan mungkin sekali lagi diberi peluang untuk bermain dalam aksi hujung minggu ini. Stoke dijangkakan seperti biasa menggunakan khidmat Crouch dan bermain 'long ball' untuk memerangkap Chelsea.

Jangkaan : Chelsea 3 1 Stoke City

Liverpool v Man Utd

Perseteruan dijangka berterusan bagi kedua-dua kelab ini dalam aksi Super Sunday hujung minggu ini dengan Liverpool dan Man Utd mendapat semangat baru setelah menang ke atas Young Boys dan Galatasaray dalam aksi Eropah masing-masing. Banyak yang ingin diperkatakan tentang perlawanan ini dengan kelibat Suarez-Evra, insiden 'Hillsbrough 96' dan sebagainya.

Jangkaan :  Liverpool 1 1 Man Utd

Man City v Arsenal

Perlawanan yang dijangka juga menarik dengan kelab Juara BPL musim lepas, Man City menentang kelab yang banyak 'menyalurkan' player ke dalam kelab tersebut iaitu Arsenal. Walaubagaimanapun Arsenal dan Man City agak konsisten di awal musim dengan masing-masing mengumpul 8 mata dari 4 perlawanan ditangga ketiga dan keempat.

Jangkaan : Man City 2 0 Arsenal



Wednesday, 12 September 2012

Gunners lancar misi rampas Drogba


London: Arsenal kini sedang berusaha membawa keluar Didier Drogba dari kelab China, Shanghai Shenhua. The Gunners terdesak mencari seorang peledak berbisa bagi mengisi kekosongan ditinggal Robin van Persie yang kini menyarung jersi Manchester United. Lantas, mereka dikatakan sudah membuat pertanyaan kepada kelab China itu untuk melihat jika terdapat cara bagi membawa semula penyerang berusia 34 tahun itu kembali ke London.



Arsenal menyedari pergolakan dalaman sedang melanda Shenhua dengan Drogba dan bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Nicolas Anelka tersepit dalam masalah perebutan kuasa lembaga pengarah kelab terbabit. Drogba yang dipercayai menerima gaji 200,000 (RM990,756) seminggu sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Liverpool. Malah, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho yang pernah membimbing Drogba di Chelsea pada 2004 turut mengintainya sewaktu perpindahan musim panas lalu.

Sumber Berita Harian

Juventus minat Walcott






Sumber dalaman Juventus mengesahkan bahawa kelab Itali berkenaan berminat mendapatkan pemain sayap Arsenal, Theo Walcott. Namun, Juventus dikatakan hanya mampu membayar 10 juta (RM49.6 juta) kepada Arsenal untuk membeli pemain England berusia 23 tahun itu. Juventus memang sudah lama berminat dengan Walcott tetapi kami mahu mendapatkannya pada masa yang sesuai, kata sumber itu. Agensi

Sumber Berita Harian

Sunday, 9 September 2012

Saya Fedup kata Cesc


Sungguh kesian Fabregas kerana terpaksa diketepikan dan hanya bermain sebagai pemain simpanan buat barcelona.





Fabregas yang berpindah dari Arsenal dengan nilai perpindahan 30m memberi impak yang besar setelah menjuarai Super Cup dan menjaringkan gol ketika perlawanan pertamanya bertemu Napoli.

Arsenal adalah kelab yang paling berminat untuk membeli semula pemain tengah yang berbakat ini jika disenaraikan.

Akan tetapi Fabregas tetap akan berusaha untuk menjadi pemain bernilai untuk Barcelona dan menjadikan Xavi sbagai contoh dimana Xavi terpaksa berusaha keras setelah Pep Guardiola bersara dan ramai tidak memahami corak permainannya dan kini Xavi adalah salah seorang pemain terbaik dalam pasukan dan sejarah Barcelona.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas