Buscar

Sunday, 23 September 2012

Analysis Gameweek 5 BPL


Gameweek 5 BPL telah berakhir dgn keputusan-keputusan adalah seperti berikut:


                      Gameweek 5
22 Sep 12:45SwanseaSwansea0 - 3EvertonEverton

22 Sep 15:00ChelseaChelsea1 - 0Stoke CityStoke City

22 Sep 15:00SouthamptonSouthampton4 - 1Aston VillaAston Villa

22 Sep 15:00West BromWest Brom1 - 0ReadingReading

22 Sep 15:00West HamWest Ham1 - 1SunderlandSunderland

22 Sep 15:00WiganWigan1 - 2FulhamFulham

23 Sep 13:30LiverpoolLiverpool1 - 2Man UtdMan Utd

23 Sep 15:00NewcastleNewcastle1 - 0NorwichNorwich

23 Sep 16:00Man CityMan City1 - 1ArsenalArsenal

23 Sep 16:00TottenhamTottenham2 - 1QPRQPR

Chelsea masih lagi mendahului liga dengan gol tunggal daripada Ashley Cole pada minit 85 perlawanan manakala Man Utd masih mengekori rapat ketinggalan 1 mata di belakang setelah kemenangan kontroversi ke atas Liverpool 1 2 di Anfield ketika perlawanan dicemari dengan kad merah ke atas pemain Liverpool, Jonjo Shelvey seawal minit ke39 perlawanan. Van Persie terus menjadi wira Man Utd dengan gol kontroversi dari penalti pada minit ke 81 perlawanan. Namun dua perkara positif daripada perlawanan ini ialah Man Utd telah memberi sokongan terhadap mangsa Hillsbrough seramai 96 orang yang terkorban setelah kapten masing-masing, Giggs dan Gerrard melepaskan belon sebanyak 96 sebagai tanda sokongan kepada keluarga yang terlibat. Dan juga insiden Evra dan Suarez kembali menghentikan persengketaan dengan masing-masing berjabat tangan di awal perlawanan.

Newcastle pula menang tipis ke atas Norwich City dengan kembalinya pengurus lama Newcastle, Chris Hugton ke  St James' Park yang ditukar nama ke Sports Direct Arena atas sebab-sebab 'sponsorship' dengan jaringan 1 0. Papiss Cisse pula membazirkan penalti yang diberikan dengan menyepak deras melambung tinggi melepasi tiang gol. Di Ettihad Stadium pula, perlawanan antara Man City dan Arsenal berkesudahan seri 1 -1 dengan gol dari dua pertahanan pasukan masing-masing iaitu Lescott dan L. Koscielny. Gol Koscielny berpunca daripada kesilapan Lescott yang merembat deras bola lantunan daripada Lescott. Manakala gol Lescott berpunca daripada sepakan sudut hasil hantaran David Silva.

Di Stadium White Hart Lane pula, Spurs mengalahkan QPR sendiri A.Faurlin dan Defoe. Walaubagaimanapun, QPR terlebih dahulu di hadapan pada minit 33 hasil jaringan Bobby Zamora. Gol kemenangan Defoe adalah hasil daripada "counter attack' setelah bola yang disangkakan foul tidak disiup wisel oleh pengadil perlawanan. Jan Vertonghen memulakan asakan dengan melarikan bola kemudian melorongkan bola kepada Bale di sebelah kiri, namun rembatan Bale terkena tiang yang melantun di hadapan gol yang mudah untuk Defoe menolak masuk bola tersebut.

0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas