Buscar

Showing posts with label FAM. Show all posts
Showing posts with label FAM. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Kalau tak tahu nie tak payah jadi rakyat Malaysia




Sukan Bolasepak merupakan sukan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Kira bolasepak adalah sukan Rakyat. Banyak negara-negara yang menjadikan bolasepak sebagai sukan kegemaran antaranya Britain, Brazil dan Mexico. Tapi kalau sukan rasmi untuk tiga negara nie lain sikit. Macam Britain Sukan rasmi kriket walaupun bolasepak dorang lagi meriah, manakala Brazil Sukan rasmi kalau tak silap Capoiera padahal Brazil team bola dorang memang power. Mexico plak rasanya sukan macam Rodeo gitu..Ala yang naik lembu Seladang.


Tapi yang buat ramai orang panass nie sebenarnya dengan fan Chelsea, dorang baru jea minat team nie. Kira lalang la. Sama jugak dgn Manchester City. Yang paling sedih siap angkat banner "Remember Our History".. Memang lawak la sialll. Dorang nie tak sedar team dorang tu masih lagi baru. sebab tu aku tulis entry nie sebab aku nak semua rakyat malaysia tahu asal usul sejarah bolasepak negara kita. Aku berani bet la ramai yang tak kenal dgn Dato' Ghani Minhat atau lebih dikenali sebagai Raja Bola. Pada era dialah Malaysia pernah membelasah pasukan Filipina 15 - 1. Power kan!!!! 

15 gol telah menjadi rekod kemenangan terbesar Malaysia di peringkat antarabangsa sehingga kini, dan ianya berlaku dalam masa beberapa bulan selepas skuad mendapat pingat gangsa pada tahun 1962 Sukan Asia.



Asal-usul bolasepak kat Malaysia nie dibawa oleh orang2 British ketika sebelum merdeka lagi. Lama dah weyy bolasepak bertapak kat Malaysia nie. Dibawa oleh negara luar sekitar tahun 1825 lebih kurang gitu la. Kesinambungan dari itu maka tertubuhlah beberapa kelab di kawasan yang mempunya ramai rakyat British seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.(sori fans dari pantai timur kelab anda lambat kenal bolasepak).

Asas penubuhan Persatuan bolasepak Malaya(FAM) dilakukan pada 1926 sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk bolasepak Malaysia pada 1933. FAM (Dulu Footbal association of Malaya, sekarang Football Association of Malaysia ditukar pada tahun 1960) menyertai FiFA dengan menjadi ahli gabungan persekutuan Bola Sepak Antarabangsa selain menjadi anggota dalam Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1654.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.


FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini.

Monday, 10 September 2012

Contohi patriotisme 'ultras Malaya'



Contohi patriotisme 'ultras Malaya'



Pertama, penganjur dengan tema 'janji bersih' pun sudah menipu rakyat kerana memungkiri janji apabila himpunan itu tidak bersih dengan insiden memijak dan menconteng gambar Perdana Menteri, melondeh seluar dan mengibar bendera mirip negara Singapura.
Anehnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji anak muda ini yang celik sejarah kerana mengibarkan kononnya bendera asal negara sebelum Jalur Gemilang. Maka mereka yang fanatik terus menelan kata-kata ini walaupun beberapa tokoh akademik sejarah menafikan perkara ini.
Soalnya apa gunanya mengibarkan Sang Saka Malaya? Adakah kita berbangga sangat bendera ini yang mirip negara Singapura, di mana simbol bulan sabit tidak menggambarkan agama Islam?
Sebaliknya Jalur Gemilang yang mempunyai simbol bulan sabit memberi erti Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Kerajaan harus memikirkan kaedah terbaik untuk menanam semangat patriotik iaitu semangat cintakan negara dan tanah air. Konsep ini dituntut dalam agama Islam. Jika rakyat cintakan negara dan tanah air, mereka tidak akan membiarkan negara tercinta dirosakkan samaada daripada anasir dalaman mahupun luaran.
Semangat ini harus ditanam di kalangan rakyat dan lebih utama pemimpin negara. Kita mahu pemimpin yang sayangkan negara dan tanah air.
Oleh itu saya menyarankan anak-anak muda yang menyertai himpunan 'Janji Bersih' supaya hadir ke Stadium Shah Alam memberi sokongan apabila skuad Harimau Malaya akan bertemu Vietnam pada perlawanan persahabatan malam ini.
Lihatlah bagaimana sekelompok anak-anak muda penyokong tegar Harimau Malaya yang diberi nama 'ultras Malaya' yang begitu hebat semangat patriotik mereka. Ada di kalangan mereka menitis airmata ketika menyanyi lagu Negaraku.
Mereka ini memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara kerana semangat kesukanan dan cintakan negara. Mereka akan merasa bangga jika skuad bolasepak negara bermain untuk mengharumkan nama negara. Sebab itu mereka ini akan merasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang tanpa henti 90 minit.
Saya merasakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat menjadikan 'ultras Malaya' ini sebagai ikon anak-anak muda negara supaya anak-anak muda walau apapun fahaman dan ideologi politik mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
FAM juga digesa memberi sedikit penghargaan kepada ahli 'ultras Malaya' ini. Contohnya memberi diskaun harga tiket bagi ahli kelab 'ultras Malaya'. Manakala bagi pemain pula, balaslah sokongan peminat dengan bermain untuk negara. Jadilah pemain yang apabila menyarung jersi negara berasa bangga apabila Jalur Gemilang tertera pada dada mereka.

sumber Utusan


Sunday, 9 September 2012

Piala AFC: Kelantan gagal daftar dua import



Piala AFC:
Kelantan gagal daftar dua import


KOTA BHARU - Kelantan selaku wakil tunggal negara pada Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) dirundung malang apabila gagal mendaftarkan dua tonggak import baru mereka, Mijo Dadic dan Keita Mandjou menjelang suku akhir menentang kelab Iraq, Arbil FC pada 18 September ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, masalah tersebut berlaku apabila kedua-dua pemain terbabit gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut beliau, kedua-dua pemain itu juga gagal mendapat pengesahan daripada Transfer Matching System (TMS).

"Keadaan bertambah rumit apabila TMS yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya dua kali setahun iaitu pada November dan April.

"Perkara tersebut sama sekali tidak selari dengan tempoh pendaftaran baru sebagaimana diperuntukan di bawah peraturan AFC," katanya di sini semalam.

Juara Liga Super 2012 itu memutuskan untuk mengambil dua pemain tersebut bagi memperkuatkan cabaran mengharungi saingan suku akhir Piala AFC.

Kemasukan dua tonggak tersebut memberikan lebih banyak peluang kepada pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak menyediakan ramuan terbaik dalam mengharungi saingan tersebut.

Annuar memberitahu, masalah tersebut tidak akan timbul sekiranya FAM dan AFC mencapai kata sepakat berhubung perkara tersebut.

"Apa yang berlaku kita hanya tahu layak ke pusingan suku akhir pada bulan Jun. TMS pusingan kedua untuk Malaysia dibuka pada bulan April.

"Peraturan AFC, apabila kita layak ke pusingan suku akhir dibenarkan membuat pendaftaran pemain baharu. Jadi, bila kita hendak gunakan kelebihan tersebut, ia telah ditutup," ujarnya.

By Malaysia League Online

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas