Buscar

Monday, 10 September 2012

Contohi patriotisme 'ultras Malaya'



Contohi patriotisme 'ultras Malaya'



Pertama, penganjur dengan tema 'janji bersih' pun sudah menipu rakyat kerana memungkiri janji apabila himpunan itu tidak bersih dengan insiden memijak dan menconteng gambar Perdana Menteri, melondeh seluar dan mengibar bendera mirip negara Singapura.
Anehnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji anak muda ini yang celik sejarah kerana mengibarkan kononnya bendera asal negara sebelum Jalur Gemilang. Maka mereka yang fanatik terus menelan kata-kata ini walaupun beberapa tokoh akademik sejarah menafikan perkara ini.
Soalnya apa gunanya mengibarkan Sang Saka Malaya? Adakah kita berbangga sangat bendera ini yang mirip negara Singapura, di mana simbol bulan sabit tidak menggambarkan agama Islam?
Sebaliknya Jalur Gemilang yang mempunyai simbol bulan sabit memberi erti Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Kerajaan harus memikirkan kaedah terbaik untuk menanam semangat patriotik iaitu semangat cintakan negara dan tanah air. Konsep ini dituntut dalam agama Islam. Jika rakyat cintakan negara dan tanah air, mereka tidak akan membiarkan negara tercinta dirosakkan samaada daripada anasir dalaman mahupun luaran.
Semangat ini harus ditanam di kalangan rakyat dan lebih utama pemimpin negara. Kita mahu pemimpin yang sayangkan negara dan tanah air.
Oleh itu saya menyarankan anak-anak muda yang menyertai himpunan 'Janji Bersih' supaya hadir ke Stadium Shah Alam memberi sokongan apabila skuad Harimau Malaya akan bertemu Vietnam pada perlawanan persahabatan malam ini.
Lihatlah bagaimana sekelompok anak-anak muda penyokong tegar Harimau Malaya yang diberi nama 'ultras Malaya' yang begitu hebat semangat patriotik mereka. Ada di kalangan mereka menitis airmata ketika menyanyi lagu Negaraku.
Mereka ini memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara kerana semangat kesukanan dan cintakan negara. Mereka akan merasa bangga jika skuad bolasepak negara bermain untuk mengharumkan nama negara. Sebab itu mereka ini akan merasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang tanpa henti 90 minit.
Saya merasakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat menjadikan 'ultras Malaya' ini sebagai ikon anak-anak muda negara supaya anak-anak muda walau apapun fahaman dan ideologi politik mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
FAM juga digesa memberi sedikit penghargaan kepada ahli 'ultras Malaya' ini. Contohnya memberi diskaun harga tiket bagi ahli kelab 'ultras Malaya'. Manakala bagi pemain pula, balaslah sokongan peminat dengan bermain untuk negara. Jadilah pemain yang apabila menyarung jersi negara berasa bangga apabila Jalur Gemilang tertera pada dada mereka.

sumber Utusan


1 comments:

Anonymous

BRO, jangan melatah bro.. dyorng tu tayang bendera sang saka kira mcm nak remind balik.. usaha datuk nenek moyang yg berjuang dan dyorng tu mengibarkan bendera sang saka.. oleh kerana jalur gemilan tak wujud zaman tu.. so....kibar2 biase pun sampai buat spekulasi bagai..tak de kenyataan pun nak TUKAR bendera..korang je tafsir sendiri..lain lah kalau dyorg tu kibar bendera indon ke, singapore ke..POSITIVE bro..hati mahu BERSIH

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas