Buscar

Showing posts with label BPL. Show all posts
Showing posts with label BPL. Show all posts

Sunday, 23 September 2012

Steven Fletcher : Berbaloi Dengan Harga?



Kenneth Steven Fletcher (lahir MAC 26, 1987) adalah kelahiran Scotland pemain bola sepak Inggeris, yang kini bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana, Sunderland.

Fletcher memulakan kerjaya kelabnya dengan Hibernian, bermain di 156 Liga Perdana Scotland dan menjaringkan 43 gol. Burnley kelab yang membayar rekod kelab pemindahan bayaran sebanyak £ 3 juta untuk menandatangani Fletcher pada bulan Jun 2009. Beliau merupakan penjaring gol utama mereka pada musim 2009-10 dengan lapan gol liga, tetapi kelab itu telah diturunkan dari Liga Perdana Inggeris.

Fletcher telah dipindahkan tidak lama selepas itu untuk Wolves, yang juga membayar yuran kelab rekod, £ 6500000, bagi perkhidmatan beliau. Dia menjaringkan 24 gol dalam 68 penampilan untuk Wolves, tetapi kelab itu telah diturunkan dari Liga Perdana pada 2012. Fletcher kemudian menyertai Sunderland untuk yuran pemindahan rekod.

Fletcher bermain untuk Scotland bawah-19sehingga ke Sepanyol di Kejohanan Eropah 2006. Beliau telah mewakili Scotland lapan kali di peringkat antarabangsa, menjaringkan satu gol. Fletcher tidak bermain untuk Scotland sejak 2010, ini kerana pertikaian dengan pengurus Craig Levein Scotland.


Perpindahan Fletcher ke Sunderland dengan harga yang dianggap mahal iaitu £ 15 juta. Tetapi Fletcher membalas jasa Martin O'Neil yang membawanya dengan menjaraingkan 4 gol dalam 3 perlawanan setakat ini sejak menyertai Sunderland. Diakui memang Fletcher memiliki  nadi 'pembunuh' di hadapan gol dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini iaitu ketika menentang Liverpool tempoh hari dengan 1 serangan balas, Sunderland berjaya mendahului Liverpool ketika itu. Sama-sama kita nantikan aksi beliau seterusnya menentang Wigan di tempat sendiri minggu hadapan dengan dijangkakan akan terus meledak gol dan dijangkakan juga akan menjadi antara penjaring gol terbanyak dalam BPL musim ini jika beliau berjaya mengelak dari keceraan berlaku.


Sumber dari sini

Analysis Gameweek 5 BPL


Gameweek 5 BPL telah berakhir dgn keputusan-keputusan adalah seperti berikut:


                      Gameweek 5
22 Sep 12:45SwanseaSwansea0 - 3EvertonEverton

22 Sep 15:00ChelseaChelsea1 - 0Stoke CityStoke City

22 Sep 15:00SouthamptonSouthampton4 - 1Aston VillaAston Villa

22 Sep 15:00West BromWest Brom1 - 0ReadingReading

22 Sep 15:00West HamWest Ham1 - 1SunderlandSunderland

22 Sep 15:00WiganWigan1 - 2FulhamFulham

23 Sep 13:30LiverpoolLiverpool1 - 2Man UtdMan Utd

23 Sep 15:00NewcastleNewcastle1 - 0NorwichNorwich

23 Sep 16:00Man CityMan City1 - 1ArsenalArsenal

23 Sep 16:00TottenhamTottenham2 - 1QPRQPR

Chelsea masih lagi mendahului liga dengan gol tunggal daripada Ashley Cole pada minit 85 perlawanan manakala Man Utd masih mengekori rapat ketinggalan 1 mata di belakang setelah kemenangan kontroversi ke atas Liverpool 1 2 di Anfield ketika perlawanan dicemari dengan kad merah ke atas pemain Liverpool, Jonjo Shelvey seawal minit ke39 perlawanan. Van Persie terus menjadi wira Man Utd dengan gol kontroversi dari penalti pada minit ke 81 perlawanan. Namun dua perkara positif daripada perlawanan ini ialah Man Utd telah memberi sokongan terhadap mangsa Hillsbrough seramai 96 orang yang terkorban setelah kapten masing-masing, Giggs dan Gerrard melepaskan belon sebanyak 96 sebagai tanda sokongan kepada keluarga yang terlibat. Dan juga insiden Evra dan Suarez kembali menghentikan persengketaan dengan masing-masing berjabat tangan di awal perlawanan.

Newcastle pula menang tipis ke atas Norwich City dengan kembalinya pengurus lama Newcastle, Chris Hugton ke  St James' Park yang ditukar nama ke Sports Direct Arena atas sebab-sebab 'sponsorship' dengan jaringan 1 0. Papiss Cisse pula membazirkan penalti yang diberikan dengan menyepak deras melambung tinggi melepasi tiang gol. Di Ettihad Stadium pula, perlawanan antara Man City dan Arsenal berkesudahan seri 1 -1 dengan gol dari dua pertahanan pasukan masing-masing iaitu Lescott dan L. Koscielny. Gol Koscielny berpunca daripada kesilapan Lescott yang merembat deras bola lantunan daripada Lescott. Manakala gol Lescott berpunca daripada sepakan sudut hasil hantaran David Silva.

Di Stadium White Hart Lane pula, Spurs mengalahkan QPR sendiri A.Faurlin dan Defoe. Walaubagaimanapun, QPR terlebih dahulu di hadapan pada minit 33 hasil jaringan Bobby Zamora. Gol kemenangan Defoe adalah hasil daripada "counter attack' setelah bola yang disangkakan foul tidak disiup wisel oleh pengadil perlawanan. Jan Vertonghen memulakan asakan dengan melarikan bola kemudian melorongkan bola kepada Bale di sebelah kiri, namun rembatan Bale terkena tiang yang melantun di hadapan gol yang mudah untuk Defoe menolak masuk bola tersebut.

Wednesday, 12 September 2012

Preview Gameweek 4 BPL


Hujung minggu yang bakal tiba amat dinantikan oleh peminat2 Bolasepak Liga Inggeris setelah berehat satu minggu untuk memberi laluan kepada international friendly. Hujung minggu ini bakal meriah kembali seperti sediakala.10 perlawanan menarik akan berlangsung. Berikut merupakan antara perlawanan minggu ke 4.

15 Sep 12:45NorwichNorwichvWest HamWest Ham
15 Sep 15:00ArsenalArsenalvSouthamptonSouthampton
15 Sep 15:00Aston VillaAston VillavSwanseaSwansea
15 Sep 15:00FulhamFulhamvWest BromWest Brom
15 Sep 15:00Man UtdMan UtdvWiganWigan
15 Sep 15:00QPRQPRvChelseaChelsea
15 Sep 15:00Stoke CityStoke CityvMan CityMan City
15 Sep 17:30SunderlandSunderlandvLiverpoolLiverpool
16 Sep 16:00ReadingReadingvTottenhamTottenham
17 Sep 20:00EvertonEvertonvNewcastleNewcastle

Antara perlawanan-perlawanan yang dijangka menarik adalah Man Utd. vs Wigan, QPR vs Chelsea, dan Everton vs Newcastle.

Man. Utd. vs Wigan

Kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 15 kali dengan Man. Utd. menang sebanyak 14 kali dan Wigan menang baru sekali iaitu pada musim lepas season 2011/2012 di DW Stadium dengan jaringan 1-0. Roberto Martinez, jurulatih Wigan dijangkakan sekali lagi akan cuba membuat kejutan terhadap Manchester Utd. Tetapi, Sir Alex Ferguson diharap berpada-pada dengan ketiadaan ramai tonggak seperti Kagawa, Rooney, van Persie,  Phil Jones, A Young, C Smalling dan Darrent Fletcher. Kemungkinan Sir Alex Ferguson akan bergantung harap kepada ayam tua seperti Giggs, Scholes, Ferdinand dan Evra. Sama-samalah kita saksikan aksi yang dijangka menarik ini pada hari Sabtu 15hb September 2012 pada jam 11.00 malam.

Ramalan : Man Utd 2 - 0 Wigan

QPR vs Chelsea

Pasukan berbelanja besar, QPR sekali lagi dijangka akan menhadapi kesukaran dengan berdepan pasukan Chelsea di tempat sendiri. QPR yang sekarang ini baru sekali seri dalam tiga perlawanan dijangka akan sekali lagi tewas kepada pasukan yang begitu konsisten di awal musim dengan impak besar yang dibawa Eden Hazard. Eden Hazard sekali lagi akan dipertaruhkan Roberto de Matteo bersama-sama dengan Fernando Torres, Juan Mata, dan Frank Lampard. Chelsea dijangkakan dengan ketiadaan John Terry, A Cole dan Marko Marin yang mengalami kecederaan. Dapatkah pasukan Tony Fernandes ini membuat kejutan? Sama-sama kita saksikan juga pada jam 11.00 malam hari Sabtu ini.

Ramalan : QPR 1 - 2 Chelsea

Everton vs Newcastle

Perlawanan paling lewat pada minggu ini berlansung pada pagi Selasa di Goodison Park. Everton dan Newcastle merupakan dua pasukan yang agak menyerlah musim lepas dengan Everton ditangga ke 7 manakala Newcastle ditangga ke 5 mendahului kelab-kelab besar seperti Chelsea dan Liverpool. Alan Pardew boleh dikatakan berjaya di Newcastle dengan kehadiran Cabaye, Tiote, Ben Arfa, serta penyerang kembar, Ba dan Cisse. Everton bermula cemerlang di awal musim dengan mewaskan Man Utd. serta Aston Villa iaitu 6 mata dari 3 perlawanan. Perlawanan yang agak menarik untuk disaksikan.

Ramalan : Everton 2 - 2 Newcastle

*Kepada peminat2 fantasy premier league, bolehla mencuba untuk membeli player2 dari liverpool, Totenham, Manchester City dan Arsenal.


 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas