Buscar

Wednesday, 12 September 2012

Preview Gameweek 4 BPL


Hujung minggu yang bakal tiba amat dinantikan oleh peminat2 Bolasepak Liga Inggeris setelah berehat satu minggu untuk memberi laluan kepada international friendly. Hujung minggu ini bakal meriah kembali seperti sediakala.10 perlawanan menarik akan berlangsung. Berikut merupakan antara perlawanan minggu ke 4.

15 Sep 12:45NorwichNorwichvWest HamWest Ham
15 Sep 15:00ArsenalArsenalvSouthamptonSouthampton
15 Sep 15:00Aston VillaAston VillavSwanseaSwansea
15 Sep 15:00FulhamFulhamvWest BromWest Brom
15 Sep 15:00Man UtdMan UtdvWiganWigan
15 Sep 15:00QPRQPRvChelseaChelsea
15 Sep 15:00Stoke CityStoke CityvMan CityMan City
15 Sep 17:30SunderlandSunderlandvLiverpoolLiverpool
16 Sep 16:00ReadingReadingvTottenhamTottenham
17 Sep 20:00EvertonEvertonvNewcastleNewcastle

Antara perlawanan-perlawanan yang dijangka menarik adalah Man Utd. vs Wigan, QPR vs Chelsea, dan Everton vs Newcastle.

Man. Utd. vs Wigan

Kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 15 kali dengan Man. Utd. menang sebanyak 14 kali dan Wigan menang baru sekali iaitu pada musim lepas season 2011/2012 di DW Stadium dengan jaringan 1-0. Roberto Martinez, jurulatih Wigan dijangkakan sekali lagi akan cuba membuat kejutan terhadap Manchester Utd. Tetapi, Sir Alex Ferguson diharap berpada-pada dengan ketiadaan ramai tonggak seperti Kagawa, Rooney, van Persie,  Phil Jones, A Young, C Smalling dan Darrent Fletcher. Kemungkinan Sir Alex Ferguson akan bergantung harap kepada ayam tua seperti Giggs, Scholes, Ferdinand dan Evra. Sama-samalah kita saksikan aksi yang dijangka menarik ini pada hari Sabtu 15hb September 2012 pada jam 11.00 malam.

Ramalan : Man Utd 2 - 0 Wigan

QPR vs Chelsea

Pasukan berbelanja besar, QPR sekali lagi dijangka akan menhadapi kesukaran dengan berdepan pasukan Chelsea di tempat sendiri. QPR yang sekarang ini baru sekali seri dalam tiga perlawanan dijangka akan sekali lagi tewas kepada pasukan yang begitu konsisten di awal musim dengan impak besar yang dibawa Eden Hazard. Eden Hazard sekali lagi akan dipertaruhkan Roberto de Matteo bersama-sama dengan Fernando Torres, Juan Mata, dan Frank Lampard. Chelsea dijangkakan dengan ketiadaan John Terry, A Cole dan Marko Marin yang mengalami kecederaan. Dapatkah pasukan Tony Fernandes ini membuat kejutan? Sama-sama kita saksikan juga pada jam 11.00 malam hari Sabtu ini.

Ramalan : QPR 1 - 2 Chelsea

Everton vs Newcastle

Perlawanan paling lewat pada minggu ini berlansung pada pagi Selasa di Goodison Park. Everton dan Newcastle merupakan dua pasukan yang agak menyerlah musim lepas dengan Everton ditangga ke 7 manakala Newcastle ditangga ke 5 mendahului kelab-kelab besar seperti Chelsea dan Liverpool. Alan Pardew boleh dikatakan berjaya di Newcastle dengan kehadiran Cabaye, Tiote, Ben Arfa, serta penyerang kembar, Ba dan Cisse. Everton bermula cemerlang di awal musim dengan mewaskan Man Utd. serta Aston Villa iaitu 6 mata dari 3 perlawanan. Perlawanan yang agak menarik untuk disaksikan.

Ramalan : Everton 2 - 2 Newcastle

*Kepada peminat2 fantasy premier league, bolehla mencuba untuk membeli player2 dari liverpool, Totenham, Manchester City dan Arsenal.


 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas