Buscar

Monday 17 September 2012

'Chow_Chee_Keong' Penjaga gol termuda pernah mewakili Malaysia





Tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali nama Chow Chee Keong. Dengan gelaran "The Fallen Hero" beliau tersenarai sebagai penjaga gol ke-10 terbaik asia sepanjang zaman. Beliau juga pernah terpilih sebagai penjaga gol terbaik Asia sebanyak 5 kali berturut-turut dari tahun 1966-1970.   



Pernah bermain di liga Hong Kong, beliau mendapat nama gelaran "Asian Stainless Steel Gate" yang bermaksud penjaga gol nombor 1 asia semasa bermain di sana. Pada tahun 1963, ketika berusia 13 tahun beliau sudah mewakili Malaysia bagi peringkat bawah 20. Dua tahun selepas itu beliau telah mencipta sejarah sebagai permain termuda pernah mewakili skuad kebangsaan Malaysia(15 tahun ketika itu). Pada tahun 1970 beliau telah berpindah ke kelab Hong Kong, Jardines dengan gaji sebanyak HKD 2500 sebulan yang juga merupakan rekod gaji tertinggi ketika itu di liga Hong Kong. Selain kelab Jardines, beliau juga pernah mewakili kelab Hong Kong yang lain seperti kelab South China AA dan Hong Kong Rangers f.c. 



Pada tahun 1982, beliau akhirnya pulang ke tanah air untuk bermain bersama skuad kebangsaan Malaysia dan akhirnya bersara dari arena bola sepak 3 tahun selepas itu. Beliau juga seorang penggemar sukan golf dan mendapat lesen untuk menjadi golf instructor.Beliau aktif di dalam sukan golf selepas persaraannya. 




0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas