Itulah muka depan akhbar Mirror Sports di UK dengan berita penggantungan John Terry selama 4 perlawanan.Terry terima dia punya penggantungan dan dia akan terlepas perlawanan Arsenal (a), Norwich (h), Spurs (a), Man Utd (h).
Disamping itu, dia juga akan turut didenda sebanyak £220,000 oleh FA Inggeris. Kes seperti ini juga pernah berlaku terhadap Suarez yang didenda penggantungan 8 perlawanan oleh FA Inggeris pada musim lepas selepas dia didapati bersalah terhadap Evra. Dalam kes Terry, bukti menunjukkan dia telah mengeluarkan kata-kata seperti 'Black Cunt' terhadap Anton Ferdinand pada perlawanan menentang QPR pada musim lepas.
Isu-isu seperti ini haruslah diadili dengan sebaiknya oleh FA Inggeris supaya isu perkauman seperti ini tidak berlaku lagi di masa kini.
0 comments:
Feel like saying something
Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.