Buscar

Tuesday 11 September 2012

Review sebelum perlawanan Malaysia vs Vietnam (11.9.2012)



Pada 11.9.2012 dua gergasi asia tenggara akan bertemu sesama sendiri iaitu Malaysia dan Vietnam. Pada pendapat aku kedua dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri. Vietnam merupakan bekas juara Piala AFF dan juga antara pasukan yang paling konsisten di rantau ini. Dengan kelebihan permainan pantas pasti mendatangkan masalah buat pasukan Malaysia. Pemain yang patut diberi perhatian sudah semestinya penyerang mereka iaitu lee chong vinh.




Mempunyai tendangan yang padu dan juga larian yang pantas sudah semestinya beliau merupakan aset terbesar buat pasukan Vietnam apabila bertemu pasukan Malaysia nanti. Tidak dilupakan juga pemain yang dianggap "wonderkid" Vietnam, Nguyen Trong Hang. Baru berusia 23 tahun dan hanya mempunyai ketinggian 170cm corak permainan pemain ini sungguh memikat hati sehingga dianggap akhbar-akhbar tempatan Vietnam sebagai Vietnam most promising player. Pertahanan Malaysia juga harus berhati hati dengan pemain bernama Nguyen Trong Hoang. Dengan reputasi tinggi sebagai bekas pemain muda terbaik liga Vietnam beliau juga sudah memenangi Vietnams Golden Ball(anugerah untuk pemain terbaik di liga Vietnam). 

Apa yang menjadi perhatian aku, pemain ini baru berusia 23 tahun. Usia yang cukup muda untuk menjadi pemain terbaik bagi liga professional sesebuah negara. Dan yang lebih menarik beliau tidak memenanginya hanya sekali.

Senarai kesebelasan utama K.Rajagopal iaitu jurulatih malaysia akan mengunakan formasi 4-1-3-2 semasa bertemu Vietnam



Gk- apek
Rb-bunyamin umar    Cb- aidil zafuan    Cb-fadhli shas    Lb- azmi muslim

Dmf- gary steven

Rm- zaquan adha    Cam- safiq rahim    Lm- s kunanlan


St- safee sali    St- nurshahrul idlan



Berikut merupakan sedikit ulasan tentang pemain yang mendapat kesebelasan utama untuk game Vietnam ni


Khairul Fahmi a.k.a Apex:


Bagi aku apex masih penjaga gol nombor 1 di Malaysia walaupun ramai peminat yang sudah ragu ragu dengan kemampuannya. Ini mungkin disebabkan kesilapan beliau yang melepaskan gol mudah ketika pasukannya menentang ATM dalam saingan Piala Malaysia. Tetapi keseluruhannya beliau masih seorang pemain yang konsisten dan sangat jarang melakukan kesilapan bodoh






Azmi Muslim:
Boleh dianggap sebagai antara bek kiri terbaik Malaysia. Kekuatan beliau sudah semestinya dengan larian yang pantas. Mampu berlari pecut 100 meter dengan catatan hanya 11 saat. Antara jaringan terbaiknya sudah semestinya gol ketika menentang Arsenal.




Aidil Zafuan:
Bek tengah yang cukup tangkas dan bijak mengawal bahagian pertahanannya. Sering mendapat kesebelasan utama kerana aksi konsistennya diatas padang sama ada mewakili negara ataupun kelabnya.Pemain yang sangat berkarisma dan juga mempunyai kelebihan free kick dari jarak jauh.

Fadhli Shas:
Pemain Harimau muda ini juga beraksi dengan sangat konsisten bersama skuad negara. Baru berusia 21 tahun beliau sudah memenangi sudah memenangi Sukan Sea dan juga Piala AFF. Beliau juga pernah bermain secara pinjaman bersama kelab divisyen 1 Slovakia iaitu FC Vion.

Bunyamin Omar:
Sering menjadi pilihan utama K.Rajagobal dalam beberapa siri perlawanan persahabatan. Pada pendapat aku masih ramai pemain bek kanan di Malaysia ini yang layak mengantikan pemain Selangor ini


Gary Steven:
Baru berusia 19 tahun namun pemain ini sudah mampu mengucar kacirkan bahagian tengah arsenal ketika aksi persahabatan. Pemain yang sangat lincah,mempunyai stamina yang cukup tinggi,beliau juga mampu bertahan dan menyerang dengan sangat baik. Seorang pemain yang versatile sehingga mendapat pujian daripada Arsene Wenger sendiri.

Zaquan Adha:
Setelah lama tidak mewakili Malaysia pemain ini dipaggil semula oleh jurulatih. Ini adalah kerana aksi yang cukup menarik ketika mewakili ATM dalam saingan liga perdana. Beliau harus menunjukkan permainan yang menarik bagi memastikan beliau terpilih dalam skuad Piala AFF kerana terpaksa bersaing dengan dua pemain Pahang yang menjadi pilihan utama sebelum ini iaitu Azamuddin akil dan juga Wan Zack.


Safiq Rahim:
Merupakan pemain kesayangan K.Rajagobal .Kapten pasukan Malaysia ini mempunyai kelebihan dari segi free kick. Antara jaringan terbaiknya sudah semestinya gol ketika menentang Liverpool. Agak kurang menonjol ketika bersama Selangor namun masih mampu menunjukkan aksi yang konsisten bersama skuad negara. Sudah mewakili Malaysia sejak tahun 2004 untuk skuad bawah 20.

S. Kunanlan:
Pemain bertubuh kecil ini mempunyai larian yang sangat pantas. Sering mengucar kacirkan pertahanan sebelah kiri lawan. Kelebihan utama pemain lipas kudung ini sudah semestinya mampu menggelecek pertahanan lawan dengan mudah. ANtara Aset terbesar buat pasukan negara

Norshahrul Idlan Talaha:
Mempunyai masalah prestasi kerana baru pulih daripada kecederaan. Namun berjaya menamatkan kemarau jaringannya ketika aksi bersama Kelantan. Perlu diberikan masa untuk mecapai tahap permainannya yang sebenar. Beliau merupakan seorang penyerang yang mempunyai tahap kemahiran yang tinggi.

Safee Sali:
Antara penyerang terbaik di Asia tenggara. Itula yang boleh diungkap tentang pemain ini, namun begitu beliau juga mempunyai maslah prestasi ketika ini







begitulah sedikit ulasan untuk kesebelasan utama perlawanan Menentang Vietnam malam nie. Diharap agar apex tidak membuat kesilapan sama ketika Kelantan bertemu ATM tempohari dan Mat Yo kembali kepada prestasi sebenar dan Safee Sali berjaya menjaringkan gol sekaligus menghentikan kemarau gol dan prestasi bersama Skuad Malaysia. Apepepon malam ini tak sabar menantikan aksi dari defensive midfielder malaysia Gary Steven.

Malaysia Boleh!!!



0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas