Buscar

Tuesday, 25 September 2012

Vidic terpaksa berehat 8 minggu lagi?


Manchester United akan turun tanpa kapten Nemanja Vidic selama dua bulan selepas pembedahan lutut.

Pemain Serbia itu, yang terlepas lima bulan terakhir musim lalu selepas kecederaan 'cruciate' dalam kekalahan Liga Juara-Juara dengan Basel, terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad lalu yang mana Man Utd menang di Liverpool setelah beliau mengadu sakit di lutut kanannya. Walau bagaimanapun, pemeriksaan berikutnya mendedahkan masalah yang lebih besar, yang menyebabkan Vidic akan dihantar untuk pemeriksaan, yang kini telah siap dan disahkan akan direhatkan selama 8 minggu.


Kecederaan pada lutut yang sama akan menimbulkan kebimbangan untuk pertahanan 31 tahun itu dan pengurus Sir Alex Ferguson. United juga sudah kehilangan Chris Smalling dan Phil Jones juga setelah kecederaan dengan hanya dua pusat pertahanan tengah yang mampu diharapkan - Jonny Evans dan Rio Ferdinand.

Ferdinand mempunyai masalah sendiri dengan kecederaan sejak dua musim lalu dan walaupun masalah sakit belakang pemain yang berusia 33 tahun itu tidak serius dia masih akan membimbangkan Ferguson. Jones, yang juga mempunyai masalah kecederaan lutut, dijangka akan direhatkan untuk tempoh yang sama dengan Vidic, manakala Smalling masih belum memulakan semula latihan selepas kecederaan metatarsal.

Masalah pertahanan bukanlah satu fenomena baru di Old Trafford. Setelah musim lepas, Michael Carrick telah dua kali terpaksa bermain dalam posisi itu sebagai langkah kecemasan. Mereka mengalami saat getir menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini menentang Tottenham di Old Trafford.

Dengan Ferguson bimbang untuk melindungi Ferdinand dan Evans, beliau juga mungkin akan menurunkan Michael Keane dan Scott Wootton,pemain muda dalam barisan untuk menghadapi Newcastle dalam Piala Liga malam ini.

Michael Keane pemain berusia 19 tahun telah membuat satu penampilan sebagai pemain bek sebelah kanan, manakala Wootton, yang melalui perlawanan pramusim panas ke Afrika Selatan dan China, mungkin akan membuat penampilan sulungnya manakala pemain antarabangsa England Bawah-18 Tyler Blackett juga mungkin diturunkan.

Pengurus United sekurang-kurangnya akan merasa gembira dengan kepulangan Darren Fletcher yang dijangka untuk memulakan perlawanan. Pemain tengah Scotland ini bermula dari bangku simpanan ketika menentang Galatasaray dalam Liga Juara-Juara minggu lepas - penampilan pertama untuk kelab itu sejak mengalami kecederaan keradangan usus tahun lepas.

Selepas direhat panjang, pemain berusia 28 tahun ini dua kali melalui masa 90 minit untuk pasukan Bawah-21 Manchester United awal bulan ini walaupun dia belum bermula untuk pasukan pertama kelab itu.

"Darren pasti akan bermain menentang Newcastle dan itu adalah permainan yang sempurna bagi beliau untuk memulakan kembali," kata Ferguson. "Kemudian kami mempunyai perlawanan menentang Tottenham dan dia boleh terlibat dalam perlawanan itu. Ia bergantung kepada bagaimana dia bermain pada hari Rabu.

"Ia akan menjadi 90 minit pertama sejak 10 bulan kecederaan, maka ia adalah satu perlawanan yang besar untuk dia.

Masalah pertahanan United dalam dua bulan akan datang:

Newcastle (Piala Liga) malam ini

Tottenham (Liga) Sabtu
Cluj (Liga Juara-Juara) 2 Oktober
Newcastle (Liga) 7 Oktober
Stoke (Liga) 20 OKTOBER
Braga ( Liga Juara-juara ) 23 OKTOBER
Chelsea (Liga) 28 Oktober
Arsenal (Liga) 3 Nov
Braga (Liga Juara-juara ) 7 Nov
Aston Villa (Liga) 10 Nov
Norwich (Liga) 17 Nov
Galatasaray ( Liga Juara-juara ) 20 Nov
QPR (Liga) 24 Nov

Sumber dari independent.

0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas