Buscar

Tuesday, 25 September 2012

Cops and Robbers


Baru-baru ini saya ada mendapat message dari seseorang yang mengatakan pasukan bolasepak Malaysia perlu menukar teknik dan taktik permainan untuk bersaing dengan Negara-negara lain. Salah satu point yang ditegaskan olehnya adalah teknik robbers yang mana telah digunakan oleh Team Malaysia untuk perlawanan persahabatan menentang Singapura. Dalam perlawanan itu juga pasukan Malaysia telah menang. Teknik robbers juga digunakan oleh pasukan Malaysia ketika perlawanan menentang Liverpool.

Saya juga bersetuju dengan pendapatnya apabila Malaysia menukar corak permainan selain dari taktik ini akan mempunyai banyak kelemahan. Sebagai contoh, jika seorang pemain membuat silap dan dengan automatik akan berjangkit kepada pemain-pemain lain. Disamping itu, pemain akan menjadi leka.

Lagenda bolasepak Malaysia  Dato Namad Abdullah juga pernah memberi pandangan supaya pasukan Malaysia mewujudkan identiti sendiri ataupun taktikal khas.

‎"Malaysia boleh bersaing dengan mana-mana pasukan Asia jika mereka mempunyai taktikal khas atau identiti dalam permainan. Tidak perlu meniru tiki-taka( spain) atau serangan triangle(germany), cukup jika kita praktikan taktikal sendiri atau mencipta teknik baru dalam serangan mahupun bertahan. Malaysia sekarang lebih bermain menggunakan kudrat iaitu cara yang digunakan ketika tahun 1970-1980. Mereka tidak berfikir lebih awal kemana  bola hendak dihantar. Disebabkan itu Malaysia harus mempunyai seorang pakar taktikal untuk membantu Dato King supaya lebih tersusun strategi apabila bertemu pasukan yg berbeza taktikalnya. " lagenda Malaya, Dato Namad Abdullah.

Teknik cop and robbers merupakan salah satu teknik permainan pantas dimana selalunya di amalkan oleh jurulatih bolasepak kanak-kanak. ianya lebih seronok dan mencabar disamping dapat mengajar asas-asas menyerang dan bertahan. Tambahan lagi, fokus, kemahiran mengawal bola, menghantar dan menahan boleh diajar serentak melalui teknik ini.


teknik cops and robber juga lebih kepada mengelecek satu sama satu. Jika teknik ini hendak dipraktikkan, ianya memerlukan pemain-pemain Malaysia yang mempunyai kawalan bola yang mantap disamping larian yang kencang seperti kuda. Rata-rata pemain skuad malaysia mempunyai skill dan kemahiran ini. hanya menghantar bola secara lebih dekat dan memerlukan kemahiran membuat keputusan yang cekap.

0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas