Buscar

Sunday 23 September 2012

Part 3: Permusuhan Manchester dan Liverpool






Perseteruan dua antara Liverpool dan Manchester yang telah bermula di zaman perindustrian berlarutan sehinggalah merebak didalam bolasepak. Kedua-dua kelab masing-masing mengakui mereke adalah kelab yang terhebat dalam bolasepak Inggeris.

Tahun 1960an menyaksikan persaingan getir antara dua kelab ini yang dikemudikan oleh dua anak Scotland iaitu Sir Matt Busby dan William Bill Shankly. Liverpool mendominasi bolasepak inggeris dari tahun 1973 sehingga 1990 dengan memenangi 11 kejuaraan liga dan empat kejuaraan eropah. Manakala Manchester United pula mula menguasai bolasepak Ingeeris bermula tahun 1993 dengan memenangi 12 kejuaraan liga dan 2 trophy kejuaraan eropah.

Kedua-dua kelab ini juga memberikan impak kepada Hooliganisme didalam bolasepak inggeris. Hooliganisme merupakan samseng bolasepak yang membabitkan penyokong fanatik bergaduh serta bertumbuk antara satu sama lain.

Pernah suatu ketika dulu peminat Liverpool yang berang menumbuk muka Alex Fergusan dan meludah alex Ferguson. Ambulan yang menghantar Alan Smith yang tercedera ke hospital ke hospital pernah diserang. Penyokong-penyokong Liverpool telah disekat untuk berada berdekatan dari pintu masuk sejak tahun 1990 kerana Sir Alex ferguson pernah dibaling dengan telur.

Rekod perpindahan antara dua kelab ini juga menunjukkan persaingan antara dua kelab ini. pada tahun 2007, Liverpool pernah membida gabriel Heinze tetapi ditolak oleh Manchester United atas alasan tidak menjual pemainnya kepada musuh terbesarnya. Heinze dikecam oleh peminat Manchester dan dilabel sebagai pembelot kerana menyatakan secara terang-terangan hasrat untuk berpindah ke Liverpool.

Phill Chisnall yang berpindah dari Manchester ke Liverpool merupakan perpindahan terakhir antara dua kelab ini walaupun ada sesetengah pemain yang bermain antara dua kelab ini tetapi melalui kelab lain terdahulu. sebagai contoh michael Owen yang berpindah dari Liverpool ke Manchester tetapi bermain untuk Real Madrid dan Newcastle sebelum berpindah. Michael Owen dikecam oleh peminat-peminat Liverpool di serata dunia kerana perpindahannya ke Manchester.

Michael Owen

Pemain-pemain dari dua buah kelab ini juga menunjukkan sikap membenci antara dua kelab gergasi ini. Sebagai contoh wayne Rooney iaitu produk daripada musuh setempat liverpool iaitu Liverpool memgambarkan betapa tahap kebencian terhadap Liverpool. kapten Liverpool iaitu steven Gerrard pernah membuat penggambaran filem di rumahnya dan menunjukkan koleksi jersi yang pernah ditukar antara pemain selepas habis perlawanan. dia menegaskan tidak ada satu pun jersi Manchester dan tidak akan sesekali menyimpan satu pun di rumahnya.


Perbalahan antara pemain yang paling popular antara dua kelab ini adalah perbalahan antara Luiz Suarez dan Patrice Evra yang melibatkan isu perkauman. Pada musim lepas iaitu musim 2011/12 dimana pertemuan liga pertama antara dua kelab ini Luiz Suarez telah dituduh menghina Patrice Evra dengan memanggil dengan perkataan negrito. Luiz Suarez telah digantung lapan perlawanan. Selepas itu, Luiz Suarez bermain untuk liverpool selepas digantung lapan perlawanan dan pertemuan kedua liga menyaksikan kontroversi dimana Luiz Suarez tidak bersalamam dengan Patrice Evra. tetapi pemain United iaitu Rio Ferdinand dan Wellbeck juga tidak mengendahkan untuk bersalamam dengan luiz Suarez.


Sikap yang ditunjukkan oleh peminat dua pasukan ini sepatutnya tidak diamalkan oleh penyokong-penyokong Liverpool dan Manchester di negara kita. sungguh mengecewakan apabila peminat-peminat di Malaysia yang bergaduh kerana pasukan yang diminati sedangkan peminat-peminat antara dua kelab gergasi ini bersengketa kerana isu yang telah lama ditanamkan dalam diri mereka sejak zaman nenek moyang mereka lagi.

0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas