Semalam berlansung Pusingan Suku Akhir Kedua AFC Cup di antara Kelantan dan Arbil di Stadium Sultan Muhammad Ke4 Kota Bharu, Kelantan. Perlawanan berkesudahan dengan seri 1 - 1. Walaubagaimanapun, Arbil layak ke pusingan Separuh Akhir setelah membenam Kelantan 5 - 1 di tempat sendiri baru-baru ini.
Kelantan yang kembali mendapat tonik baru setelah kembalinya beberapa tonggak utama setelah banyak pemain utama tidak dapat bersama dalam perlawanan di Iraq tempoh hari seperti Obinna, Subramaniam, Rizal Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahyuddin,dan juga Muhammad Ghaddar.
Aksi di Kota Bharu semalam didominasi oleh Kelantan dengan lebih banyak serangan dilakukan oleh Kelantan di babak pertama mahupun babak kedua. Walaubagaimanapun, setelah banyak kali serangan Kelantan dipatahkan oleh penjaga gol Arbil FC, Jalal Hassan. Arbil mendahului Kelantan 1- 0 yang kemudiannya disamakan oleh penalti Muhammad Ghaddar di lewat perlawanan. Gol tersebut walaubagaimanapun mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan di stadium keramat mereka dalam musim ini.
Kelantan akan kembali memberi tumpuan kepada kempen Suku Akhir Piala Malaysia menentang Felda United jumaat ini. Sama-sama kita nantikan aksi menarik dari mereka.
0 comments:
Feel like saying something
Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.