Buscar

Saturday, 22 September 2012

Part 2: Tokoh persaingan dua gergasi besar Eropah



Sir Matt Busby

Sir Matt Busby merupakan salah seorang tokoh besar yang memainkan peranan penting untuk pembangunan dan kejayaan untuk kelab Manchester United. Sir Matt Busby telah dilantik sebagai Pengurus Manchester United di Maine Road. Busby ditawarkan untuk jawatan penolong jurulatih di Liverpool tetapi pada masa itu ada kekosongan jawatan pengurus di Maine Road.








Sebelum kareer Busby sebagai pengurus bermula dia adalah seorang pemain bolasepak. Dia telah bermain untuk Liverpool selama tiga tahun iaitu dari tahun 1936 sehingga 1939 dan permulaannya bersama liverpool sebagai Kapten Pasukan. Kareernya terhenti sebagai pemain bolasepak kerana Perang dunia Kedua.



Pertemuan Sir Matt Busby dengan Bob Paisley iaitu salah seorang lagenda Liverpool buat kali pertama ketika Bob Paisley mula-mula bermain sebagai pemain muda untuk Liverpool pada tahun 1939.


Manchester United dibangunkan oleh Sir Matt Busby dengan menggantikan pemain tua dengan pemain yang lebih muda seperti Duncan Edwards, David Pegg dan Mark Jones. Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh manchester United di bawah kendalian Sir Matt Busby bermula dari juara FA pada thu 1948 dan seterusnya memenangi liga pada tahun 1956 dan 1957. Tetapi kejayaan itu terhenti apabila berlakunya Tragedi Munich pada tahun 1958.

Tragedi Munich merupakan sebuah kecelakaan kapal terbang yang berlaku pada 6 Februari 1958 ke atas penerbangan 609 British European Airways. Penerbangan itu membawa bintang-bintang Manchester United yang digelar "The Busby Babes" yang dalam perjalanan pulang dari perlawanan kejuaraan Eropah. Tragedi ini tidak meragut nyawa Sir Matt Busby tetapi beliau cedera parah dan hampir bersara. namun, atas minat yang mendalam dengan bolasepak, semangatnya pulih kembali.

Selepas tragedi yang meragut 8 pemain manchester, Sir Matt Busby membangunkan semula Manchester United dengan pemain-pemain yang terselamat. Disamping itu, Busby berjaya mendapatkan khidmat pemain seperti Denis Law, George Best dan David Herd dan seterusnya menjuarai menjuarai Piala FA pada 1963.



William Bill Shankly

Seteru utama buat manchester yang diterajui oleh Busby pada masa itu adalah Liverpool dan pengurus Liverpool pada masa itu adalah William Bill Shankly iaitu seorang lagenda Liverpool. Shankly dan Busby pernah bermain bersama-sama dalam skuad kebangsaan Scotland.



Bill Shankly juga merupakan seorang pemain bolasepak yang sepanjang kareernya telah berjaya membuat 12 penampilan untuk Scotland. Shankly tidak pernah bermain sebagai pemain untuk Liverpool tetapi beliau adalah pengurus yang paling berjaya buat pasukan Liverpool. Dia mengambil alih Liverpool daripada Liverpool berada di Divisyen Dua. Shankly berjaya membawa Liverpool ke divisyen satu dan berjaya memenangi kejuaraan liga Divisyen satu. (Liga perdana Inggeris baru sahaja dibentuk sejak tahun 1992).

Dalam biographynya, Shankly mengakui bahawa dia adalah pakar dalam menerjah pihak lawan dan diakui olehnya sebagai seni. Shankly tidak pernah dikeluarkan dari padang dan namanya tidak pernah tercatat dalam buku pengadil kerana kekasaran.

Shankly lebih pandai memotivasikan pemain manakala pembantunya ketika itu adalah Bob Paisley yang lebih kepada taktikal. THIS IS ANFIELD merupakan inovasi untuk menaikkan semangat pemain-pemain liverpool dengan plat yang tertulis perkataan yang memberi semangat ini ditampal diatas terowong laluan pemain.





Bob Paisley

Merupakan seorang One Man Team untuk liverpool pada tahun 1954 dan menjadi pembantu untuk Shankly. Selepas pengumuman untuk bersara yang mengejut daripada Bill Shankly, Paisley menggantikan Shnakly sebagai pengurus. Rekod Paisley sebagai pengurus adalah lebih baik daripada rekod Shankly.

Paisley adalah tokoh yang memulakan dominasi Liverpool dalam bolasepak Inggeris. Semasa era Paisley, Liverpool telah memenangi tiga trofi Liga Juara-juara Eropah dan rekod ini masih kekal sehingga tahun 2012.

"There was only one Bob Paisley and he was the greatest of them all. He went through the card in football. He played for Liverpool, he treated the players, he coached them, he managed them and then he became a director. He could tell if someone was injured and what the problem was just by watching them walk a few paces. He was never boastful but had great football knowledge. I owe Bob more than I owe anybody else in the game. There will never be another like him." - Kenny Dalglish






0 comments:

Feel like saying something

Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.

 
FootballScraptBook | Copyright © 2011 designed by: compartidisimo | With the technology: Blogger

Kalau anda suka entry blog ini, support lah dengan like pages blog ini di facebook.

Powered By EXEIdeas