Lahir pada 23 Disember 1935 .Bekas pemain Selangor dan Malaysia. Berada di posis sayap. Digelar Raja Bola. Beliau ialah Dato' Ghani Minhat. Era kemunculan beliau mungkin terlalu awal , malah antara ''senior'' lagenda zaman keemasan Malaysia. Era 50-an jugalah yang menyaksikan kehebatan anak jati Negeri Sembilan ini. Apa yang menyebabkan para pemain pasukan lawan terutamanya dari Indonesia mengatakan beliau menggunakan ilmu hitam??
Zaman persekolahannya ialah di sekolah Princess Road. Ketika bermain bola, Ghani hanya sekadar berkaki ayam. Ghani kemudiannya mewakili Sekolah St John Kuala Lumpur. Pada tahun 1951, bakat beliau dilihat oleh beberapa orang pegawai polis yang kemudiannya menghadiahkan but pertama beliau.
1955 menyaksikan kemunculan beliau selaku pemain profesional apabila di lamar Selangor setelah bermain baik dengan pasukan Depot Polis di liga Selangor. Tahun berikutnya, Ghani membantu Selangor memenangi Piala Malaysia setelah menewaskan Singapura 2-1. Tahun 1956 terus menjadi tahun bertuah buat beliau apabila beraksi kali pertama menyarung jersi Malaysia.
Jika anda fikir beliau gugup ,anda silap. Bukan satu dua mahupon hatrik yang di hasilkan Ghani pada penampilan pertamanya. Tapi 7 ! Beliau membantu Malaysia memenangi perlawanan 9-2 ke atas Kemboja ketika di bawah bimbingan Neoh Boon Hean .
''gol menakjubkan hasil tendangan voli bak peluru dari jarak 40 meter menentang Vietnam di Pestabola Merdeka 1957, serta 34 gol dalam hanya 9 perlawanan pada 1960 adalah antara justifikasi kepada kenyataan tersebut.'' -yakeb.org.
Edisi sulung kejohanan yang penuh dengan tradisi dan prestij satu ketika dahulu iaitu Pestabola Merdeka gagal di menangi Malaysia, namun Ghani membantu menebus kembali kehampaan itu tahun berikutnya.
Membantu skuad negara mengekalkan kejuaraan Pestabola Merdeka pada 1959 Ghani mendapat gelaran Raja Bola dari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Kelibat Ghani Minhat tidak perlu di perkenal lagi di peringkat liga domestik. Mana-mana pertahan bakal ketar lutut jika berhadapan dengan beliau. di buktikan dengan rekod jaringan hebat beliau hingga hari ini masih belum dapat terusik oleh mana-mana pemain hatta Mokhtar Dahari dengan menjaringkan 9 gol menentang Negeri Sembilan menjadikan jumlah jaringan beliau 34 gol dalam 9 perlawanan.
Kewibawaan beliau juga terbukti dengan meneruskan kecemerlangan bolasepak Malaysia apabila membantu kemenangan acara bolasepak sukan SEAP (kini sukan Sea) di Rangoon, Myanmar . Setelah menjadikan asean sebagai makanan ratahan, Ghani turut meneruskan legasi cemerlang Malaysia selaku kuasa besar Asia dengan menyumbang ke arah pingat gangsa Sukan Asia 1962.
''Gandingannya bersama Robert Choe dan Arthur Koh pernah dilabel sebagai kombinasi jentera serangan terbaik pernah dihasilkan di era itu. Ghani juga menimba pengalaman berharga pada 1962 apabila dihantar ‘berguru’ di beberapa kelab inggeris antaranya West Ham, Tottenham Hotspurs dan Arsenal, serta Eintracht Frankfurt di Jerman.''
Setelah membantu Selangor mengucup kejuaraan Piala Malaysia kali kelapan, Ghani mengumumkan persaraan dengan rekod lebih kurang 100 gol dalam peringkat kebangsaan dan negara. Kemunculan dan aksi Si Raja Bola ini mungkin terlalu awal untuk di rakam mahupon di buktikan dengan lensa kamera dan video namun statistik telah mengukir sejarah kehebatan sang lagenda Harimau Malaya ini.
''adakah anda tahu ,pada tahun 1962, Ghani Minhat di tawarkan tempat oleh Cardiff City sebagai pemain profesional tetapi di tolak''
''Para pemain pasukan lawan terutamanya dari Indonesia mengatakan beliau menggunakan ilmu hitam kerana bola seperti melekat di kaki Ghani Minhat setiap kali "membawa" dan "melarikan" bola...
Kredit to: Kebangkitan Harimau Malaya
0 comments:
Feel like saying something
Sori kalau komen anda yang mengarut akan di remove.